MAJLIS HARI TERBUKA PI1M KG AIRPORT 2016

13 November 2016 | Berita Terkini

Majlis Hari Terbuka Pi1M Kg Airport merupakan majlis tahunan yang wajib diadakan pada setiap tahun. Kali ini merupakan kali ke-4 majlis ini diadakan semenjak pembukaan Pi1M Kg Airport sejak tahun 2012 yang lalu. Majlis ini diadakan pada 13 November 2016, bersamaan hari Ahad. Majlis ini berlangsung daripada awal pagi iaitu dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Sama seperti tahun sebelumnya, ramai tetamu yang hadir ke majlis ini, dianggarkan lebih kurang 50 orang komuniti sekitar Kg Airport berkunjung ke Pi1M Kg Airport sebagai tanda sokongan komuniti kepada pihak Pi1M.

Pengisian majlis hari terbuka pada kali ini berlainan daripada majlis tahun yang sudah, dimana terdapat pelbagai pertandingan kreatif yang turut diselitkan dalam tentatif. Program dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak dan belia. Untuk kategori kanak-kanak, pertandingan melukis dan mewarna telah diadakan yang mana ianya antara program yang paling mendapat perhatian apabila seramai 20 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Manakala kategori belia pula, pihak PI1M telah menyediakan pertandingan mencipta logo kreatif “Kampung ICTku” untuk mereka. Semua peserta dikehendaki mencipta satu logo berasaskan ICT mengikut kreativiti masing-masing.

Majlis turut diiringi dengan cabutan bertuah. Sebanyak 10 cabutan bertuah telah menjadi tumpuan para hadirin. Semua hadiah pertandingan dan cabutan bertuah tersebut telah diberi pada akhir majlis dan disampaikan oleh En. Bakhrul Sandiri iaitu JKKK Kampung Airport. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 petang.