MAJLIS SAMBUTAN AKHIR TAHUN

31 December 2016 | Berita Terkini

          PI1M Kg. Airport telah bersama-sama dalam sambutan Majlis Sambutan Akhir Tahun telah diadakan pada 31 Disember 2016 bertempat di PI1M Kg. Lormalong. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim yang muhibah Antara staf Pi1M dan penduduk kampung. Peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mempromosikan lagi kemudahan yang disediakan di Pi1M seterusnya dapat menjana idea bersama untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Pi1M yang mana semua sedia maklum bahawa Pi1M adalah sebuah pusat pengembangan ilmu dan kemahiran dalam bidang ICT.

          Sambutan meriah dengan kehadiran komuniti kampung dan aktiviti yang telah dijalankan. Program seumpama ini dapat mewujudkan suasana muhibbah di antara pihak Pi1M dan komuniti kampung khasnya. Diharapkan program seumpama ini akan terus mendapat sambutan daripada komuniti kampung seterusnya dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara komuniti dan staf.