PROGRAM KECERIAAN AKHIR TAHUN PI1M

17 December 2016 | Berita Terkini

          Sempena berakhirnya tahun 2016, PI1M Kg. Airport telah mengadakan Program Keceriaan PI1M pada 17 Disember 2016. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Program ini telah diadakan di PI1M Kg. Airport, Kunak, Sabah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menceriakan seterusnya mencantikkan lagi kawasan dalam dan luar PI1M Kg. Airport disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan pengguna PI1M yang terlibat.

          Seramai 10 orang ahli yang tinggal berdekatan dengan PI1M telah menyertai program ini. Pelbagai manfaat yang diperoleh hasil daripada program ini seperti memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam dan luar PI1M dan mewujudkan suasana PI1M yang harmoni dan sejahtera.. Pihak PI1M sangat berharap dapat meneruskan aktiviti sebegini pada masa-masa akan datang.