Mengenai PI1M


Maklumat PI1M Kg Airport

 

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kapung Airport merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).  PI1M Kampung Airport  mula beroperasi pada 23 Oktober 2012 selepas melepasi User Assesment Test (UAT) oleh pihak SKMM dan Celcom.

 

Objektif utama  PI1M ditubuhkan adalah untuk  :

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosisal masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti di jalankan di Pi1M
  • Merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Antara Perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M Kg Airport ialah:

  • Kelas asas ICT Percuma (Ahli Pi1M)
  • Penggunaan Internet / Komputer
  • Print , Fotostat, Scan dan Laminate
  • Kelas Keusahawanan Percuma
  • WiFi Kampung Tanpa Wayar (KTW)
  • Peminjaman Netbook 1 Malaysia
  • Sewa Bilik untuk mesyuarat/bengkel

 

Maklumat Komuniti Kampung Airport

 

Kampung Airport atau lebih dikenali sebagai Kampung Airport Batu 10 merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di Daerah Kunak. Ia terletak 14.5 kilometer dari Pekan Kunak dengan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit perjalanan menggunakan kenderaan bermotor. Lebih 100 buah rumah serta pelbagai prasarana awam terdapat di kampung tersebut. Dianggarkan keluasan kampung seluas 29.28 ekar. Terdapat lebih 90 buah keluarga yang tinggal di Kampung Airport yang majoritinya terdiri daripada suku kaum Bugis dan beragama Islam.

 

Antara prasarana awam yang terdapat di Kampung Airport seperti :

  • Perpustakaan Desa
  • Pusat ICT (PI1M)
  • Dewan Mini
  • Balai Raya
  • Tempat Ibadah (Surau/Gereja)
  • Tempat Riadah (Padang/Gelanggang Badminton & Futsal)
  • Kedai, Gerai & Kantin

 

Maklumat PI1M & Komuniti Kampung Airport

 

Lokasi

Kampung Airport Batu 10, Kunak, Sabah.

Daerah

Kunak

Negeri

Sabah

Populasi

678

Aktiviti Ekonomi Utama

Perniagaan & Penternakan

Jumlah Keahlian

(setakat 31 Januari 2017)

342 Orang

Lat/Long PI1M

4.612 / 118.177

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

23 Oktober 2012

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Kasmidah Binti Madami

Email: kasmidah@celcom1cbc.com

No Telefon: 014-854 0929

 

Penolong Pengurus

Nama: Sabri Bin Kure

Email: sabri@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-530 7357

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-airport

Kampung Tanpa Wayar

1. Kg Airport (SK Tun Fuad) (12m KTW Pole)

2. Kg Airport / kg Tun Fuad Bt 10 Kunak (12m KTW Pole)

3. PI1M Kg Airport (20m CBC Tower)

4. Sawit Kinabalu (12m KTW Pole)

 

 

Sumber Maklumat :

·         Profail JKKK Kampung Airport

Sumber Gambar :

·         © CEphoto, Uwe Aranas / , via Wikimedia Commons (https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Kg-Airport-Batu_Sabah_Runway-01.jpg)