Ekonomi dan Keusahawanan

Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh komuniti Kampung Airport adalah seperti :

1. Perniagaan Kedai Runcit

- Terdapat lebih kurang tujuh buah kedai runcit yang terdapat disekitar kampung bagi menampung barangan keperluan harian penduduk sekitar. Ini menjadi salah satu aktiviti ekonomi utama komuniti disebabkan kedudukan kampung yang agak terlalu jauh daripada Pekan Kunak, yang sedikit sebanyak membebankan penduduk tempatan untuk turun ke pekan.

2. Penternakan

- Terdapat dua orang pengusaha yang menjalankan aktiviti menternak kambing di Kampung Airport dengan sejumlah 43 ekor. Salah seorang daripada pengusaha tersebut telah mendapatkan bekalan kambing daripada bantuan pihak Kerajaan, manakala seorang lagi mengusahakan secara sendirian.

3. Pertanian

- Beberapa orang penduduk Kampung Airport telah menjalankan aktiviti pertanian. Hasil pertanian telah dijual kepada pembeli dalam dan juga luar kampung yang berminat. Kebiasaannya, para pengusaha tempatan telah menghantar hasil jualan mereka ke pasar-pasar yang berhampiran termasuklah Pasar Minggu yang diadakan di Pekan Kunak dan Pasar 12 yang diadakan di Tun Fuad pada tanggal 12 setiap bulan.

4. Kantin

- Terdapat sebuah kantin/gerai makanan yang menyediakan pelbagai menu masakan dan minuman untuk penduduk sekitar.

5. Keropok Amplang

- Seorang penduduk kampung telah menceburkan diri dalam perniagaan mengusahakan keropok Amplang. Keropok tersebut telah mendapat tempahan daripada gerai-gerai yang berdekatan termasuklah dari dalam dan luar Kampung Airport.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.