Maklumat Tempatan

Maklumat Komuniti Kampung Airport

 

Kampung Airport atau lebih dikenali sebagai Kampung Airport Batu 10 merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di Daerah Kunak. Ia terletak 14.5 kilometer dari Pekan Kunak dengan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit perjalanan menggunakan kenderaan bermotor. Lebih 100 buah rumah serta pelbagai prasarana awam terdapat di kampung tersebut. Dianggarkan keluasan kampung seluas 29.28 ekar. Terdapat lebih 90 buah keluarga yang tinggal di Kampung Airport yang majoritinya terdiri daripada suku kaum Bugis dan beragama Islam.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.