Pelancongan & Rekreasi

Antara tempat-tempat menarik yang berhampiran dengan PI1M Kg Airport, seperti :

 

1.     Kolam Air Panas Semulajadi Ladang Sungang

Alamat : Ladang Sungang, Kunak, Sabah.

 

Siapa sangka dalam rimbuban daun pokok kelapa sawit yang melambai hijau nun jauh di barat Kunak, rupa-rupanya tersembunyai satu khazanah alam yang jarang-jarang ditemui di pantai timur Sabah. Apa yang penulis maksudkan disini ialah tentang kewujudan Kolam Air Panas (Hot Spring) semulajadi di daerah ini, 11 kilometer dari pusat pekan Kunak.

 

Lokasi dua buah kolam air panas ini terletak di dalam kawasan Ladang Sungang yang dikawal selia oleh Syarikat Sime Darby Plantation Bhd. bagaimanapun disebabkan oleh lokasinya yang tersembunyi dari pandangan awam, maka tidak semua masyarakat Kunak menyedari kewujudannya melainkan bagi mereka yang selalu atau pernah menjejakkan kaki ke Kg. Tun Fuad, Kg. Tun Razak dan Kg. Airport batu 10, lebih kurang 4 kilometer dari Kolam ini. 

 

Para pengunjung yang bercadang kesini dinasihatkan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4), ini kerana pengunjung terpaksa melalui jalan yang berbatu-batu di sepanjang perjalanan. Setibanya pengunjung di pondok pengawal, pengunjung harus melaporkan diri kerana identiti setiap pengunjung dan nombor kenderaan yang digunakan di catat untuk tujuan keselamatan.

 

Setibanya ke destinasi yang dituju, setiap langkah haruslah berhati-hati kerana keadaan jalan yang licin dan curam. Pengunjung akan disambut dengan monyet liar yang berkeliaran di kawasan tersebut kerana di sekitar kawasan kolam air panas itu merupakan kawasan tempat tinggal mereka. Walaupun monyet-monyet tersebut berkeliaran, ia tidak mengganggu pengunjung.

 

Menurut penduduk sekitar kolam ini mula ditemui pada awal 1960, sewaktu aktiviti pembalakan rancak dijalankan di kawasan ini tetapi kurang mendapat perhatian sehinggalah penempatan masyarakat peladang diwujudkan secara kekal di sini pada 1976 oleh kerajaan negeri, barulah kawasan ini dipulihara oleh masyarakat setempat dan Syarikat yang empunya ladang ini.

 

Sumber : http://semuakunak.blogspot.com/2012/02/kunak-seven-wells-waterfall.html

 

2.    Mostyn (Kelab Golf Tasik Impian, Terowong Jepun & Kelapa Sawit Tertua di Borneo)

Alamat : Ladang Mostyn, Kunak, Sabah.

 

Mostyn merupakan satu destinasi yang sangat menarik di Daerah Kunak kerana mempunyai beberapa tempat menarik seperti Kelab Golf Tasik Impian, Tapak Pemerintahan Jepun, Terowong tentera Jepun, Kelapa sawit Tertua di Malaysia, Telaga Tiga, dan banyak lagi.

 

Generasi pertama ladang kelapa sawit yang diusahakan di Pulau Borneo adalah letaknya di Daerah Kunak, sejak 1957 lagi, iaitu Mostyn Estate yang sekarang ini dibawah seliaan Sime Darby Plantation Bhd. Dianggarkan kawasan tanaman kelapa sawit tertua di Borneo ini adalah seluas dua hektar, ditanam pada tahun 1957, yang letaknya tidak jauh dari Tasik Impian Golf Course. Menariknya mengenai pokok kelapa sawit ini, ia masih mendatangkan hasil kepada ladang Mostyn walaupun usianya menjangkau 52 tahun. Buat masa ini masih terdapat 98 buah pokok yang masih bertahan yang mana rata-ratanya mencapai ketinggian 16m setiap satunya. Kawasan tanaman ini dikenali sebagai OP57, yang mana pemilik asalnya ialah Commenwealth Development Corporation atau lebih dikenali sebagai BAL Plantation. Bermula dari kawasan dua hektar tanaman kelapa sawit yang asalnya dari ladang Mostyn inilah Borneo Utara atau sekarang ini dikenali Sabah telah memacu industri kelapa sawitnya hingga ke hari ini. Hari ini kawasn OP57 masih sedia terpelihara sebagai simbol kekuatan industri kelapa sawit di daerah Kunak, bahkan masih meyumbang perolehan ladang dengan kapasiti 12 Tan per hektar.

 

Salah satu daya tarikan tersendiri yang terdapat di Kunak ialah kewujudan terowong Jepun yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua, Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby, kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang. Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugaskan membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu. Banyak perkara berkaitan terowong Jepun ini yang bergaris pusat empat meter masih menjadi misteri termasuk di mana terowong berkenaan bermula dan di mana pula ia berakhir. Setiap tahun, ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Jadi bagi kita, terowong Jepun ini boleh dijadikan produk pelancongan sejarah.

 

Sumber : http://ww2.sabah.gov.my/pd.knk/KawasanMenarikKunak.html

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.