Berita & Aktiviti Terkini

Flip The Bottle

14 December 2017 | Berita Terkini

“Water Bottle Flip Challenge” merupakan salah satu aktiviti adaptasi dari Youtube sebagai pengisian bagi program cuti sekolah agar masa cuti sekolah khususnya komuniti Kg. Ambong dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti – aktiviti yang berfaedah. Program ini telah diadakan pada 13 Disember 2017 melibatkan penyertaan seramai 8 orang. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi idea kepada komuniti Pi1M bahawa terdapat banyak aktiviti yang menarik dan mencabar yang boleh diadaptasi dari sumber Youtube sebagai permainan harian. Pi1M Ambong berharap aktiviti yang dianjurkan dapat membantu para pengunjung Pusat Internet terutama komuniti setempat Pi1M Ambong mengisi masa lapang... read more

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN MARA

08 December 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD – Satu Kursus Asas Usahawan telah diadakan pada 6 dan 7 Disember 2017 lalu bertempat di Pi1M Pekan Kota Belud, Kota Belud. Program kolaborasi di antara Pihak Mara dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dihadiri oleh En. Ali@Zainal Bin Maidin, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Usahawan MARA Sabah, merangkap penceramah jemputan. Program seumpama ini, memberi fokus kepada penglibatan bakal usahawan dan usahawan sedia ada di daerah Kota Belud. Program ini bertujuan untuk memberi panduan secara asas kepada bakal dan usahawan tentang cara yang tepat memulakan sesuatu perniagaan, menjalankan perniagaan dan... read more

Usahawan Online STG & Emas

23 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                      Peningkatan kos hidup yang semakin tinggi dan kemudahan internet yang semakin mudah dan murah untuk diperolehi telah  membuatkan ramai para pekerja yang bekerja sepenuh masa mahupun suri rumah sepenuh masa untuk menjadikan perniagaan online sebagai salah satu pekerjaan sambilan mereka untuk menambah pendapatan keluarga. Hal yang serupa terjadi kepada usahawan online yang berasal daripada Kampung Ambong ini Puan Faziah Binti Ajuh, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan secara online ini bermula pada bulan Febuari tahun... read more

Hari Terbuka & Ulangtahun Ke - 4 Pi1M Rampayan Laut

23 November 2017 | Berita Terkini

Pada 22/11/2017 bersamaan hari Rabu, Pi1M Rampayan Laut, Kota Belud telah mengadakan sambutan hari terbuka dan ulangtahun Pi1M yang kali ke empat. Pada program ini, Pi1M Ambong juga telah turut serta menjayakan sambutan tersebut.  Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar Pra Sekolah Iranun dan pelajar SK. Nanamun, Kota Belud. Beberapa acara telah diadakan sebagai pengisian majlis sambutan tersebut. Acara seperti ini merupakan peluang bagi Pi1M untuk memperlihatkan fungsi dan peranan Pi1M sebagai platform transformasi khusus dalam bidang ICT kepada pelbagai peringkat umur komuniti setempat. ... read more

Kisah Kejayaan Q4 2017 - En. Juman Bin Osoh (Celik IT)

23 November 2017 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT tahun 2017 di Pi1M Kg. Ambong, Kota Belud pada kali ini  mengisahkan tentang seorang usahawan gigih yang juga merupakan ahli Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Ambong yang telah memperolehi pelbagai faedah dan manfaat setelah menjadi ahli Pi1M. Beliau adalah Encik juman Bin Osoh berusia 52 tahun. Pada pendapat beliau, dengan wujudnya Pi1M Kg. Ambong dan kemudahan Wifi Komuniti yang disediakan memudahkan beliau menggunakan kemudahan internet untuk tujuan promosi dan penjualan produk beliau. Pada mulanya, beliau hanya menggunakan applikasi Whatsapp untuk berhubung dengan pelanggannya. Kini, dengan kemudahan komputer dan akses Internet... read more

Pertandingan Menaip Terpantas

22 November 2017 | Berita Terkini

   Ambong, 18 Nov. - PI1M Kg.Ambong telah mengadakan program Hari terbuka untuk pertama kalinya sejak beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2017, pertandingan menaip terpantas adalah salah satu daripada pelbagai acara yang dipertandingkan untuk kategori remaja perempuan. Seramai 9 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada remaja berumur 14 hingga 18 tahun, pemenang pertandingan johan hingga tempat ke tiga membawa pulang hamper makanan.    ... read more

Pertandingan Sepak Takraw

22 November 2017 | Berita Terkini

     Kota Belud, 18 Nov. - Pertandingan Sepak Takraw buat julung kalinya anjuran PI1M Kg.Ambong sempena program Hari Terbuka PI1M bersama KRT Kg.Ambong telah berlangsung pada sabtu lepas. Pertandingan ini disertai lebih kurang 15 pasukan yang terdiri daripada anak muda Kg.Ambong, acara ini bermula dengan saringan awal pada 17 November (Jumaat) pada sebelah petang dan pusingan akhir pada 18 November (Sabtu) semasa program Hari Terbuka berlangsung. Pemenang  Johan pada pertandingan ini dimenangi oleh pasukan Bunjut, tempat Ke dua pasukan Sagad dan tempat ke tiga ialah pasukan Sinbad.  ... read more

Pertandingan Mewarna Tadika dan Pra Sekolah

22 November 2017 | Berita Terkini

                            Sabtu, 18 November - Seramai 31 orang kanak-kanak Kg.Ambong telah menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh PI1M pada hari tersebut.  Pertandingan ini adalah acara pertama yang berlangsung sempena Hari Terbuka PI1M dan KRT Kg.Ambong, pertandingan bermula pada sekitar 9.00 pagi hingga 10.30 pagi disertai oleh kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Pertandingan ini tidak hanya dapat melibatkan kanak-kanak dalam program ini malah ianya dapat menguji kreativiti kanak-kanak ini. Pemenang tempat pertama hingga ketiga menerima hamper dalam bentuk makanan... read more

Sukaneka PI1M besama komuniti Kg.Ambong

22 November 2017 | Berita Terkini

18 Nov. - Pelbagai acara yang telah berlangsung pada Hari Terbuka PI1M bersama KRT Kg.Ambong pada sabtu lepas antara acara yang berlangsung termasuklah beberapa acara sukaneka yang melibatkan kaum ibu dan murid-murid sekolah tahap 1 Kg.Ambong. Acara seperti Lontaran Kasih untuk kaum ibu dan anak, Meniup Belon dan Pancing Botol untuk kanak-kanak tahap 1 mendapat penyertaan dan sambutan yang baik daripada komuniti sekitar dimana seramai 30 orang telah menyertai acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Program dan acara seperti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan menyebarkan akan penubuhan PI1M yang baru... read more

Pertandingan Dart PI1M Kg.Ambong

22 November 2017 | Berita Terkini

Kota Belud, Sabtu - Sempena Hari Terbuka PI1M bersama KRT Kg,Ambong pada 18 November yang lalu pertandingan Dart kategori lelaki dewasa telah diadakan. Seramai 31 orang peserta ynag terdiri daripada komuniti Kg.Ambong telah menyertai pertandingan ini, pertandingan bermula dengan 3 pusingan percubaan untuk setiap peserta. Peserta yang mengumpul markah tertinggi akan mara ke pusingan akhir, hanya 4 orang peserta ynag berjaya ke pusingan ini untuk merebut 3 tempat teratas, johan pertandingan Dart lelaki dewasa telah dimenangi oleh encik Ardi, tempat kedua adalah encik Jamri manakala tempat ke tiga dirangkul oleh... read more

lagi berita & aktiviti