Berita & Aktiviti Terkini

PN. SUZILA BT HABIB-USAHAWAN KG AYER HITAM

22 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : SUZILAWATI BINTI HABIB UMUR : 40 JANTINA : PEREMPUAN LOKASI PERNIAGAAN : KG  AYER HITAM TELUK INTAN JENIS PERNIAGAAN : GERAI MAKANAN WHATSAPP : 018-5756022 Pn Suzila merupakan pengusaha gerai makan di Kg Ayer Hitam. Perniagaan yang telah diusahakan sejak 2 tahun yang lalu telah mendapat sokongan penuh dari suami beliau En Nordin yang turut membantu menguruskan gerai. Bagi Puan Suzila perniagaan makanan tidak asing bagi beliau kerana sebelum ini beliau telah berpengalaman berniaga burger di Kg Ayer Hitam. Pengalaman yang telah beliau perolehi sebelum ini membantu beliau memajukan gerainya sendiri. Terdapat pelbagai menu... read more

BENGKEL CUTI SEKOLAH 2017

15 June 2017 | Berita Terkini

Pada 8 Jun 2017, PI1M Kg Ayer Hitam telah mengadakan Bengkel Cuti Sekolah 2017. Majlis ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sempena musim cuti persekolahan pertengahan tahun. Selain pelajar, para ibu mengambil kesempatan untuk mengikuti program ini juga. Antara acara yang diadakan pada program ini adalah pertandingan mewarna, pertandingan membuat origami dan juga pertandingan menganyam ketupat menggunakan riben terbuka untuk para ibu. Pertandingan mewarna dibahagikan kepada dua kategori iaitu pra sekolah dan sekolah rendah. Peserta membawa peralatan mewarna sendiri... read more

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI RAYA

15 June 2017 | Berita Terkini

Pada 7 Jun 2017 PI1M Kg Ayer Hitam telah mengadakan pertandingan mencipta kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung. Program ini diadakan pada pukul 10 pagi hingga 1 tengahari. Para peserta telah menggunakan aplikasi Publisher bagi menghasilkan kad raya ini. Sebelum pertandingan, mereka telah belajar membuat kad melalui kelas yang diadakan. Program ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sempena musim cuti persekolahan pertengahan tahun. Para peserta Berjaya menghasilkan kad mengikut kreativiti masing – masing. Mereka juga mencetak kad raya yang dihasilkan dan memberi kad tersebut kepada... read more

EN ZAMBAHARI BIN MOHD SAHAD-USAHAWAN KG AYER HITAM

30 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : ZAMBAHARI BIN MOHD SAHAD  UMUR : 45 TAHUN  JANTINA : LELAKI  LOKASI PERNIAGAAN : KG  AYER HITAM TELUK INTAN JENIS PERNIAGAAN : SANTAN KELAPA SEGAR  WHATSAPP : 017-561550 Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan beliau merupakan seorang pemandu lori. Menurut en keinginan yang tinggi untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik telah membawa beliau menceburi bidang perniagaan. Walaupun dengan berbekalkan SPM tidak mematahkan semangat usahawan muda ini menghasilkan produk sendiri iaitu ‘Santan Segar Lancang Kaseh’. Perniagaan yang diusahakan bersama isteri Pn. Noraidah telah bermula sejak pada tahun 2011 bermula secara kecil-kecilan pelanggan pertama mereka merupakan... read more

Hari Terbuka Pi1m Taman Muhibbah, Teluk Intan

27 May 2017 | Berita Terkini

14 MEI 2017 - Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibbah serta Pi1M kluster Hilir Perak berkerjasama menjayakan Program Hari Terbuka PI1M Taman Muhibbah. Program tersebut berlangsung di Bilik Latihan PI1M Taman Muhibbah dan perkarangan PI1M sendiri. Program Hari Terbuka berlangsung dari pukul 0800 pagi sehingga 0500 petang. Pengunjung yang hadir adalah sekitar penduduk Taman Muhibbah, agensi-agensi kerajaan dan pengurus Pi1M Kluster Hilir Perak. Program Hari Terbuka Pi1M Taman Muhibbah telah dirasmikan oleh wakil Dato Mah Siew Keong, Ahli Parlimen Teluk Intan serta VIP jemputan dari Ketua Pegawai Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM)... read more

Program Kesedaran Belia Benci Dadah bersama AADK

19 May 2017 | Berita Terkini

PROGRAM KESEDARAN BELIA BENCI DADAH BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)   Pada 6 Mei 2017, Sabtu Pusat Internet 1 Malaysia Kg Ayer Hitam telah bekerjasama membuka booth KDB sempena pameran dan kempen kesedaran yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Kempen kesedaran ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang keburukan najis dadah bagi mengelakkan khususnya kaum belia di kampung ini dari terjebak dengan najis dadah. Majlis ini turut disertai oleh KONSPEN Kg Ayer Hitam dan pameran dari FAMA. PI1M Kg Ayer Hitam telah membuka booth untuk menjalankan kempen kesedaran Klik Dengan Bijak... read more

PN. FAZILAH BT MOIN-USAHAWAN KG AYER HITAM

30 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : FAZILAH BT MOIN UMUR : 36 TAHUN JANTINA : PEREMPUAN LOKASI PERNIAGAAN : KG RANCANGAN PINGGIR AYER HITAM TELUK INTAN JENIS PERNIAGAAN : USAHAWAN GERAI MAKAN FACEBOOK : FAZILAH MOIN WHATSAPP : 017-4322551   Puan Fazilah telah mengusahakan gerai makan bersama-sama suami beliau sejak 5 tahun yang lalu memiliki azam yang tinggi untuk menambahkan pendapatan sampingan untuk keluarga bagi beliau menjadi surirumah bukan penghalang untuk beliau menjana pendapatan sendiri. Berbekalkan pengalaman beliau bekerja sebagai pembantu tukang masak restoran membolehkan beliau mampu membuka gerai makan bersama suami. Melalui bantuan pengurus memberi khidmat kelas ICT. Puan fazilah semakin mahir... read more

PN, HAMIDAH BT YEOP AZIZ-USAHAWAN KG AYER HITAM

30 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  PN. HAMIDAH BT YEOP AZIZ-USAHAWAN KG AYER HITAM NAMA: HAMIDAH BT YEOP AZIZ UMUR: 65 TAHUN JANTINA: PEREMPUAN WHATSAPP: 017-6483365 JENIS PERNIAGAAN: KUIH TALAM DAN KUAH PECAL Puan Hamidah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan semenjak 10 tahun yang lalu. Menurut beliau, pada awal penglibatan beliau dalam bidang perniagaan banyak dugaan yang beliau hadapi. Berbekalkan semangat dari keluarga beliau mampu mempertahankan perniagaan beliau sehingga ke hari ini. Setelah beberapa tahun pertama beliau sentiasa konsisten mengekalkan kualiti perniagaan beliau mendapat perhatian dan mempunyai pelanggan tetap di sekitar kawasan Teluk Intan. Selain itu, beliau turut menerima bantuan dari Jabatan... read more

SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN BENGKEL PEMASARAN ATAS TALIAN

27 April 2017 | Berita Terkini

Pada 18 April 2017(Selasa) bersempena dengan Program Pemukiman Daerah YAB Menteri Besar Perak di Hilir Perak, PI1M Kluster Hilir Perak bekerjasama dengan PEKA Perak telah menganjurkan Bengkel bisnes online bertempat di Kolej Vokasional Teluk Intan. Bengkel ini telah disertai oleh pelajar Kolej Vokasional Teluk Intan dan Kolej Vokasional Gerik dan jua terbuka untuk usahawan sekitar Teluk Intan. Seminar ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu bengkel usahawan online untuk pelajar dan usahawan. Selain itu terdapat satu slot lagi iaitu taklimat oleh unit Dana Bumiputera yang melibatkan agensi dari Agrobank, MARA, TEKUN, Suruhanjaya... read more

KDB @ HARI KARNIVAL DAN KOKURIKULUM SEK. KEB. KG BAHAGIA TELUK INTAN

27 April 2017 | Berita Terkini

Pada 1 April 2017, Pusat Internet Kluster Teluk Intan telah diberi peluang untuk membuat pameran sempena Hari Karnival dan Kokurikulum Sek. Keb. Kg Bahagia Teluk Intan. Antara aktiviti yang disediakan ialah pendaftaran ahli PI1M, cabutan bertuah untuk peserta yang mengunjungi booth PI1M dan juga promosi perkhidmatan PI1M kepada orang ramai. Selain itu terdapat juga permainan yang disediakan oleh petugas PI1M iaitu dam ular KDB, word searching, boling KDB dan bermacam lagi. Pihak sekolah juga menyediakan pelbagai booth seperti makanan, pameran kereta dan pelbagai outdoor games seperti memanah dan paintball. Pameran... read more

lagi berita & aktiviti