PROGRAM ADVOKASI KDB DAN PERTANDINGAN MEWARNA

30 August 2016 | Berita Terkini

Pada 21hb Ogos 2016, Ahad telah diadakan Program Advokasi KDB dan pertandingan mewarna. Program ini telah dihadiri oleh ahli PI1M kg Ayer Hitam dan pelajar sekolah. Bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang, program ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta.

Program ini bermula dengan pendedahan mengenai kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu tentang keselamatan penggunaan Internet di kalangan pelajar sekolah. Peserta juga diberi pendedahan KDB melalui tayangan video dan slide.

Sesi kedua program ini diteruskan dengan pertandingan mewarna terbuka untuk semua ahli PI1M. Pertandingan ini diadakan sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 59 tahun. Peserta membawa peralatan sendiri untuk mewarna. Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakan semangat patriotik untuk para pelajar.

Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk para pemenang. Semoga dengan program ini diadakan dapat mendidik para pelajar tentang keselamatan penggunaan internet dan memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan Malaysia.