KARNIVAL MINI MERDEKA PI1M KG AYER HITAM

30 August 2016 |

Pada 28hb Ogos 2016, Pusat Internet Kg Ayer Hitam, Teluk Intan telah mengadakan Karnival Mini Merdeka terbuka untuk ahli PI1m. Karnival ini diadakan bagi menyemarakan sambutan Kermerdekaan Malaysia yang ke-59 yang bakal disambut pada 31hb Ogos. Disamping itu, program ini juga mendidik semangat patriotik dalam diri peserta.

Program yang diadakan bertemakan Merdeka 59 – Sehati Sejiwa. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mencipta poster merdeka, tayangan video, mencipta video dan menghias PI1M dengan bendera Malaysia. Aktiviti ini diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Awal aktiviti dimulakan dengan tayangan video berunsur patriotic. Sebelum event ini diadakan, ahli PI1M telah membantu pengurus menghias PI1M dengan bendera dan tema merdeka. Pengurus juga telah mengadakan kelas khas belajar membuat video untuk ahli PI1M yang ingin memasuki pertandingan video.

Selepas tayangan video, aktiviti diteruskan dengan pertandingan mencipta poster. Program diakhiri dengan acara penyampaian hadiah. Diharap program ini bermanfaat untuk menambahkan semngat cinta negara dan mengeratkan silaturrahim dengan ahli PI1M.