Program Inspirasi Usahawan Wanita

21 September 2016 | Berita Terkini
Pada 17hb September 2016, Sabtu baru-baru ini pi1m Kg Ayer Hitam dengan kerjasama KEMAS daerah Teluk Intan telah menganjurkan program Inspirasi Usahawan Wanita. Program ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dianjurkan khusus untuk golongan wanita yang berminat untuk berniaga dan menambahkan pendapatan dengan perniagaan makanan. Program ini menjemput Puan Hamidah untuk melakukan demostrasi masakan kuih talam sebagai inspirasi salah satu perniagaan makanan yang boleh dipraktikkan untuk golongan wanita dan suri rumah. Puan Hamidah telah memberi ilmu masakan, pengiraan kos makanan dan strategi pemasaran kepada para peserta. Diharap dengan program yang diadakan ini dapat menarik minat peserta untuk melakukan perniagaan makanan untuk menambahkan pendapatan.