KDB Fun Activity & Celik ICT

16 October 2016 | Berita Terkini

16 Oktober 2016­­­­-PI1M Kg Ayer Hitam telah mengadakan ‘KDB Fun Activity & Celik ICT’program ini tertumpu pembelajaran ICT dan penggunaan internet secara bijak khusus untuk pelajar sekolah pelbagai aktiviti permainan dalaman seperti teka silang kata, word search, scrabble dan susun semula abjad. Aktiviti yang diadakan ini merangkumi pelbagai jenis soalan antaranya langkah keselamatan,penggunaan secara positif dan celik ICT . Aktiviti ini bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh pengurus peserta dibahagikan kepada dua kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Peserta dinilai secara individu pemenang bagi setiap permainan yang dijalankan dipilih melalui jawapan yang paling tepat dan peserta terpantas. Tempat pertama bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh Muhd Aiman Ridzuan tempat kedua adik Muhamad Syukri manakala tempat ketiga dimenangi oleh adik Muhd Izham. Bagi kategori sekolah rendah pula tempat pertama menangi oleh adik Siti Aisyah, tempat kedua adik Nurin Aqila dan tempat ketiga adik Muhd Farhan Hakimi. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta terlibat melalui aktiviti yang diadakan ini secara tak langsung dapat meningkat kemahiran dan pengetahuan ICT kepada peserta yang terlibat.