Sambutan Hari Sukan Negara

26 October 2016 |

8 Oktober 2016-Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.  Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Sehubungan dengan itu, PI1M Kg Ayer Hitam telah berkolaborasi bersama-sama dengan JKK Kg Ayer Hitam, KEMAS dan KOSPEN dalam menganjurkan Program Hari Sukan Negara bagi menyambut baik matlamat kerajaan dalam menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat. Acara dimulakan dengan lagu negaraku bagi menaikkan semangat patriotik dalam diri sebelum acara utama berlansung. PI1M Kg Ayer Hitam yang dibantu PI1M Taman Muhibbah dan PI1M Bandar Baru menyediakan program yang berasaskan ICT dan Klik Dengan Bijak (KDB). Program ini juga bertujuan untuk menerangkan informasi berkaitan ICT kepada komuniti serta kepentingan KDB dalam masyarakat. Program sukaneka kepada komuniti juga turut disediakan seperti Musang Berjanggut. Peserta perlu mengasingkan bahan-bahan yang diberi serta mengira jumlah bahan tersebut. Peserta perlu meniup belon sehingga pecah sebelum acara dimulakan. Konsep Musang berjanggut di ambil daripada cerita P.Ramlee yang memupuk sikap sabar dalam diri masing-masing selain perlu tenang dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Pihak KEMAS memulakan acara pagi iaitu senamrobik yang diketuai sendiri oleh pelajar KEMAS. Komuniti juga mengambil bahagian untuk memberi semangat kepada mereka. Usai tamat acara senamrobik, Pelajar mengambil tempat masing-masing untuk memulakan acara sukaneka yang telah disusun oleh pihak KEMAS iaitu membawa Bola Berkumpulan, Lari Memakai  Seluar Besar, Scrabble, Susunan Cawan Pantas, Lempar Guli, Telur Ayam, Susunan Nombor Menaik, Mengisi Air Di Dalam Botol dan banyak lagi.Seterusnya acara anjuran JKK Kg Ayer Hitam dimulakan. Acara yang disusun ialah Boling Padang, Meraut Lidi, Kuiz Pulau-Pulau Di Malaysia, Sumpit Menggunakan Straw Dan Cotton Buds, Belon Berisi Air, Isi Air Di Dalam Botol, Rebut Kerusi, Mengepit Bola Di Kaki Dan Menahan Bola Di Kepala (acara duo). Setiap acara dilakukan secara berperingkat bagi memastikan komuniti mengambil bahagian dalam setiap acara yang disediakan. Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) juga menyediakan booth (gerai) kesihatan mereka di Dewan Kg Ayer Hitam. KOSPEN merupakan satu inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan diri. Penutup program iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cabutan bertuah.