KLIK DENGAN BIJAK & CELIK ICT BERSAMA WANITA KG AYER HITAM

24 November 2016 |

Pada 6 November 2016, Ahad, Pusat Internet Kg Ayer Hitam telah mengadakan Klik Dengan Bijak (KDB) & Celik ICT bersama –sama dengan golongan wanita penduduk Kg Ayer Hitam. Program KDB ini telah dijalankan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Seramai 20 orang golongan wanita yang kebanyakannya merupakan suri rumah telah menyertai program ini.

Program ini diadakan secara dua sesi. Pada sesi pertama diadakan sesi Talk tentang kesedaran penggunaan ICT terutamanya media social secara berhemah. Peserta didedahkan tentang maklumat keselamatan ICT, buli siber, oversharing & keselamatan perbankan internet.

Sesi kedua pula disambung dengan games KDB. Antara permainan yang dijalankan ialah menaip pantas, Word Search KDB, permainan musang berjanggut dan juga Puzzle KDB. Permainan diadakan bertujuan menyapaikan maklumat KDB secara lebih interaktif disamping merapatkan silaturrahim antara ahli PI1M Kg Ayer Hitam.

Program disudahi dengan penyampaian hadiah bagi pemenang games yang disediakan. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Kampung Ayer Hitam. Maklum balas yang diterima mengenai program ini golongan wanita mendapat ilmu kesedaran utuk lebih berhati – hati ketika melayari internet. Diharap kesedaran ini dapat membantu mereka untuk tidak menjadi mangsa penipuan Internet. Semoga majlis ini dapat dijalankan dengan lebih kerap dalam masa akan datang.