KDB DI SEK. KEB. KG BAHAGIA

27 November 2016 | Berita Terkini

                                         

22 November 2016 – Pi1M Celcom sekitar Teluk Intan iaitu PI1M Kg Ayer Hitam, PI1M Bandar Baru, PI1M Taman Muhibbah dan PI1M Sungai Samak telah menganjurkan program Klik Dengan Bijak (KDB) di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia Teluk Intan. Program ini telah mendapat kerjasama dari pihak sekolah. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk merapatkan lagi jurang di antara pelajar sekolah dengan Pusat Internet 1 Malaysia di samping memberi kesedaran KDB dan ICT kepada pelajar sekolah.

Program ini telah melibatkan semua pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia yang terdiri daripada murid Tahun 1 sehingga murid tahun 6 iaitu 600 orang pelajar, guru-guru kelas yang terlibat serta staf pengurusan sekolah tersebut. Perlaksanaan program ini diharapkan dapat memberi kesedaran mengenai penggunaan Internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab dikalangan pengguna internet. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah Klik Dengan Bijak, tayangan video Klik Dengan Bijak, Kuiz dan sesi soal-jawab bersama peserta.

Program ini telah dibahagikan kepada dua sesi kerana ia melibatkan ramai peserta iaitu sesi pertama telah bermula seawal pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Pelajar yang terlibat ialah pelajar dari tahun 1 sehingga pelajar tahun 3. Manakala sesi yang kedua pula bermula pada pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengahari untuk pelajar tahun 4 sehingga pelajar tahun 6.

                                       

Setiap sesi dimulakan dengan tayangan Video Klik Dengan Bijak. Ini bertujuan menarik perhatian pelajar terhadap pembentangan yang akan dibuat oleh staf PI1M. Selain itu juga, pihak PI1M ingin memperkenalkan Program Klik Dengan Bijak kepada pelajar dan guru. Ini kerana Program Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet

Pihak PI1M telah menyelitkan aktiviti seperti kuiz, sesi soal jawab bersama pelajar serta permainan bagi menjadikan program ini lebih menarik. Peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diberikan tugasan mengikut kumpulan. Setiap tugasan yang diberikan mempunyai sebab yang akan diterangkan pada hujung permainan iaitu kesan dan implikasi KDB/ICT kepada pelajar.

                                                          

Penyampaian cenderahati kepada Guru Penolong kanan S.K Kg. Bahagia

Seperti yang kita ketahui, pelajar iaitu golongan muda ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber. Jadi dengan wujudnya program sebegini sekurang-kurangnya dapat memberi pemahaman kepada para pelajar tentang kelebihan dan keburukan internet kepada mereka. Program ini juga, bertujuan untuk menarik minat guru serta pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung bahagia  untuk mendekatkan diri dengan PI1M. Mereka bercadang untuk menghadiri kelas ICT dan menjadi ahli pusat internet pada masa akan datang.  Program ini juga berlangsung dengan jayanya di samping mendapatr kerjasama dari pelajar dan guru-guru yang terlibat.  Pihak sekolah menyambut baik kehadiran pihak PI1M untuk program yang telah dianjurkan dan berminat untuk berkolaborasi bersama pada masa akan datang.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah kebangsaan kampung bahagia serta pelajar yang terlibat. Kami doakan agar pelajar mendapat faedah terhadap apa yang disampaikan serta menggunakan kemudahan yang diberikan dengan berfaedah.