PROGRAM CHEF CILIK BERSAMA PELAJAR SEKOLAH

29 December 2016 | Berita Terkini

29 Disember 2016, PI1M Kg Ayer Hitam telah mengadakan program Chef Cilik Bersama Pelajar Sekolah. Program ini diadakan bagi mengisi masa lapang ahli PI1M bersempena cuti persekolahan yang berlangsung pada bulan Disember ini. Dalam program ini, para peserta telah belajar membuat sandwich. 

Pada awal program, peserta diminta untuk mencari resipi membuat sandwich menggunakan Google ataupun melalui tutorial video di Youtube. Peserta mempelajari resepi dan cara - cara pembuatan sandwich. Selepas itu peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk membuat sandwich. Menggunakan barang-barang yang telah disediakan, para pelajar membuat sandwich mengikut resipi yang mereka cari melalui Google dan Youtube sebelum ini. Mereka juga menghias sandwich mengikut kreativiti masing - masing.

Objektif program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan melakukan aktiviti yang berfaedah di musim cuti sekolah ini. Selain itu, para pelajar  dapat belajar menggunakan kemudahan ict untuk membantu mencari maklumat yang berfaedah dan dapat digunakan untuk kehidupan seharian. Pada akhir aktiviti, para pelajar bersama - sama menjamu sandwich yang mereka telah siapkan.