Mengenai PI1M

1. MAKLUMAT PI1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Pelancaran projek ini merupakan satu pendekatan yang memberi fokus utama amnya untuk komuniti dalam merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat.

            Pusat Internet 1Malaysia Kg Ayer Hitam ditubuhkan pada Julai 2015. PI1M ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu masyarakat Kg Ayer Hitam menikmati faedah melayari internet disamping merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Dari sudut ekonomi, ia membolehkan penduduk kampung menceburi bidang perniagaan dengan memasarkan produk keluaran mereka melalui bimbingan dari PI1M.

Antara perkhidmatan yang disediakan di PI1M ialah:

 

1. Kelas Latihan Asas Komputer (diberikan PERCUMA kepada ahli) (Terbuka Untuk   

   Semua Peringkat Usia)

2. Perkhidmatan penggunaan komputer dan capaian internet

3. Printing, photostat, scanning & laminating

4. Upah menaip

5. Burn CD/DVD

6. Format Laptop

7. Kemudahan Wifi secara Percuma

 

Kg. Ayer Hitam

Pada mulanya, Kampung Ayer Hitam dikenali sebagai kampung Dusun Dingin.  Terdapat beberapa rangkaian nama kampung-kampung kecil telah wujud dan berselerak kedudukannya pada ketika itu.  Antaranya dikenali sebagai Kampung Alor Saga,  Kampung Paya Kacip, Sungai Kuning, Sungai Rebat dan Kampung Kinjang.  Rangkaian kampung ini sudah tidak wujud lagi.  Pada masa ini nama kampung tersebut telah diabadikan dalam lorong/jalan kecil di kampung Ayer Hitam.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, sejarah pembukaan Kampung Ayer Hitam ada hubungkaitnya dengan Peristiwa Perang Perak sekitar tahun 1874 – 1876 di Pasir Salak yang mana Residen ketika itu J.W.W. Birch telah dibunuh.  Salah seorang daripada pejuang itu bernama Yeop Mat Rasyid. Beliau dan pengikutnya telah menyusuri sebuah perkampungan yang bernama Kampung Dusun Dingin.  Beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung yang pertama.

 Pada ketika itu tiada kemudahan jalan bagi menghubungkan Pekan Teluk Intan dan Pekan Bidor.  Jalan perhubungan yang utama hanyalah Sungai Bidor. Terdapat banyak ikan Tapah di  sebatang anak sungai tersebut.  Air sungai itu sentiasa hitam sehingga kini.  Apabila berita mengenai ikan tapah banyak terdapat di sungai tersebut, maka tersebar luaslah berita tersebut hingga ramai orang bertanya di mana banyak ikan tapah.  Maka dijawab mereka dari “Ayer Hitam” dan nama tersebut telah digunakan sehingga kini.

 

Maklumat PI1M & Komuniti Kg Ayer Hitam

Lokasi

Kg Ayer Hitam

Daerah

Teluk Intan

Negeri

Perak

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Keladi dan Kelapa Sawit) dan Perniagaan Kecil-kecilan

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

107 orang

Lat/Long PI1M

Latitude: 4.02108 , longitude: 101.20242

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

Julai 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Anisfadhela Bt. Abdul Hamid

Email: anisfadhela@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-6483365

 

Penolong Pengurus

Nama: Nor Atikah Shahirah bt Mohd. Hamzah

Email: noratikah@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-4820248

Website

www.celcom1cbc.com/kg-ayer-hitam

 

Kampung Tanpa Wayar

1. PI1M Kg Ayer Hitam

2. Surau Kg Melayu

3. Surau Kg Jawa

4. Surau Kg S.C.

5. Tadika KEMAS Kg Tengah