Komuniti

Komuniti Kg Ayer Hitam

JKKK Kg Ayer Hitam 

Sebagaimana fungsi asas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang lain, JKKK Kg Ayer Hitam  turut berperanan dalam memastikan kestabilan penduduk dan kemajuan kampung sentiasa terjamin. Pihak JKKK akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan   mengenai   perkembangan   kampung dan merancang aktiviti-aktiviti kampung. Malah, matlamat JKKK adalah untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kampung supaya boleh bersaing dengan penduduk bandar dan berusaha untuk mening- katkan keyakinan diri serta mencuba sesuatu yang baru dan boleh menguntungkan. Pihak JKKK juga berperanan mengatur program-program kecil yang memberikan banyak faedah kepada penduduk dan kepentingan kampung yang melibatkan semua peringkat umur. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JKKK dengan penduduk kampung adalah kegiatan gotong-royong membersihkan kawasan kampung   unutk   menceriakan   kampung   masing-masing. Sekiranya ada sebarang majlis keramaian, penduduk akan sama-sama menyumbangkan tenaga agar semuanya berjalan dengan lancar.




AKTIVITI PENDUDUK KG. AYER HITAM 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah 



 Program Transformasi Menjana Pendapatan Untuk Wanita 



 Majlis Qurban di Kampung Ayer Hitam





© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.