Maklumat Tempatan

Sejarah

Pada mulanya, Kampung Ayer Hitam dikenali sebagai kampung Dusun Dingin.  Terdapat beberapa rangkaian nama kampung-kampung kecil telah wujud dan berselerak kedudukannya pada ketika itu.  Antaranya dikenali sebagai Kampung Alor Saga, Kampung Paya Kacip, Sungai Kuning, Sungai Rebat dan Kampung Kinjang.  Rangkaian kampung ini sudah tidak wujud lagi.  Pada masa ini nama kampung tersebut telah diabadikan dalam lorong/jalan kecil di kampung Ayer Hitam.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, sejarah pembukaan Kampung Ayer Hitam ada hubungkaitnya dengan Peristiwa Perang Perak sekitar tahun 1874 – 1876 di Pasir Salak yang mana Residen ketika itu J.W.W. Birch telah dibunuh.  Salah seorang daripada pejuang itu bernama Yeop Mat Rasyid. Beliau dan pengikutnya telah menyusuri sebuah perkampungan yang bernama Kampung Dusun Dingin.  Beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung yang pertama.

 Pada ketika itu tiada kemudahan jalan bagi menghubungkan Pekan Teluk Intan dan Pekan Bidor.  Jalan perhubungan yang utama hanyalah Sungai Bidor. Terdapat banyak ikan Tapah di  sebatang anak sungai tersebut.  Air sungai itu sentiasa hitam sehingga kini.  Apabila berita mengenai ikan tapah banyak terdapat di sungai tersebut, maka tersebar luaslah berita tersebut hingga ramai orang bertanya di mana banyak ikan tapah.  Maka dijawab mereka dari “Ayer Hitam” dan nama tersebut telah digunakan sehingga kini.

 

Maklumat Asas Kampung

Parlimen

Teluk Intan

Ahli Parlimen

Dato’ Mah Siew Keong

Dun

Changkat Jong

Ahli Dun

Dato’ Mohd Azhar Bin Jamaluddin

Pegawai Daerah

Tn Hj Zamari

Kategori Ketua Kampung

Pengerusi JKKK

Nama Ketua Kampung

Tn Hj Mohamad Din Bin Hussein

 

Kampung Rangkaian

Kampung Rangkaian 1

Kg Melayu

Kampung Rangkaian 2

Kg Jawa

Kampung Rangkaian 3

Kg Rancangan Tanah Pinggir

Kampung Rangkaian 4

Kg Tengah

Kampung Rangkaian 5

Kg SC

Kampung Rangkaian 6

Kg Batu 13

 

Info Penduduk

Bil. Penduduk

2,860 orang

Bil. Keluarga

637 buah

 

Jantina

Lelaki

1,487 orang

Perempuan

1,373 orang



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.