Berita & Aktiviti Terkini

Profile Usahawan Jan 2018 - En.Ali Bin Patra

09 January 2018 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : EN.ALI BIN PATRA UMUR : 41 TAHUN NO TELEFON & WHATSSAP : 013-364 3464 FACEBOOK : https://www.facebook.com/ali.patra.75 JENIS PERNIAGAAN : STOKIS PRODUK MAKANAN KESIHATAN KAWASAN BONGAWAN NAMA PRODUK KESIHATAN : CELLMAXX MULA MENJALANKAN PERNIAGAAN : 2016 SEHINGGA SEKARANG Hubungi En.Ali Bin Patra untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. ... read more

Program Sukan Rakyat

24 December 2017 |

Program Sukan Rakyat diadakan pada 24.12.2017 dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang di Padang Kg. Biau Bongawan. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat kesukanan di kalangan penduduk di sekitar Bongawan. Program ini telah dihadiri oleh YB Datuk Mohamad Bin Hj Alamin selaku Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) merangkap ADUN N.23 Bongawan serta ADO selaku Pengerusi Penganjur, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Seramai 197 orang telah menghadiri program ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Daerah Papar dengan kerjasama Kelab Belia PETRA Kg Biau Bongawan. Pi1M... read more

SSQ4 2017 - Cik Siti Zuraini- Usahawan Jahitan

25 October 2017 | Kisah Kejayaan

Nama                                                    : Cik Zuraini Binti Abd Ghani Lokasi                                                   : PI1M Kg.Biau Bongawan Butiran Diri                                            : Bujang & 29 Tahun No Telefon & Whatsapp                          : 019- 5341078 Page Facebook                                    : https://www.facebook.com/CtZueEnterprise/ Usahawan Menjahit Pakaian lelaki, wanita & kanak-kanak. Cik Siti Zuraini Binti Abd Ghani adalah usahawan kecil Kg.Biau Bongawan yang menjalankan perniagaan sepenuh masa menjahit pakaian lelaki dan wanita untuk semua peringkat umur.  Selain menjahit pakaian Cik Siti Zuraini juga menjahit langsir, cadar tilam, bantal dan sebagainya. Mulai menjahit... read more

SS_Q4_CELIK IT_ABDUL RAHIM BIN DUMA

25 October 2017 | Kisah Kejayaan

Beliau merupakan pelajar Tingkatan 5 dan akan menduduki peperiksaan SPM. Beliau sering menggunakan kemudahan yang terdapat di Pi1M seperti perkhidmatan internet untuk mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya. Beliau juga menggunakan perkhidmatan percetakan untuk mencetak kertas soalan yang diperolehi melalui internet bagi memudahkan proses ulangkaji. Diharapkan beliau mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM nanti. ... read more

SS_Q4(1)_2017_USAHAWAN NORZILAH BINTI HUSIEN

25 October 2017 | Kisah Kejayaan

Nama         : Norzilah Hussin Umur          : 29 tahun Perniagaan  : Jahitan pakaian No Telefon   : 016-8170715   Memulakan perniagaan jahitan pakaian sejak dari tahun 2008. Menerima tempahan jahitan daripada penduduk kampung sekitar dan kadangkala ada juga tempahan diterima dari Kimanis hingga Kota Kinabalu. Antara tempahan jahitan yang diterima ialah baju lelaki dan wanita, baju kanak-kanak, baju sekolah, baju konvo kanak-kanak, vess dan juga uniform jururawat. Purata pendapatan di antara RM1, 500 hingga RM2, 000 sebulan bergantung kepada jumlah tempahan yang disiapkan. Beliau hanya menggunakan aplikasi WeChat untuk membuat promosi.        ... read more

Program Mini Bengkel Membuat Kek Cawan

12 December 2017 |

Pada 12 December 2017, Selasa. PI1M telah mengadakan program mini bengkel membuat kek cawan bersama ahli-ahli PI1M sempena cuti sekolah pada bulan ini. Program ini bukan sahaja melibatkan golongan kanak-kanak, malah melibatkan golongan remaja dan belia komuniti Kg.Biau Bongawan. Program ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Tujuan program diadakan adalah untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik membuat kek cawan dengan mudah dan pantas. Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah Cik Nur Syadiqah Binti Bakar, iaitu salah seorang usahawan kecil Kg.Biau Bongawan yang dijemput... read more

Profil Usahawan Disember 2017- NOOR AZIEMAH BINTI SALLEH

12 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama         : NOOR AZIEMAH BINTI SALLEH Umur          : 21 tahun Perniagaan  : Bakeri dan cookies No Telefon   : 011-36964136 Facebook: Azy_ziemah Instagram: Azy_ziemah   Beliau merupakan usahawan bakeri dan juga biskut dan telah menjalankan sejak 3 tahun yang lalu.        ... read more

Aurat First 2.0: Sukan Muslimin

11 December 2017 |

  Program Aurat First 2.0 “ Riadah Sambil Beribadah” merupakan rentetan program Aurat First 1.0 yang pernah diadakan sebelum ini. Program ini diadakan pada 11.12.2017 dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang  dan dihadiri seramai 47 orang. Program ini merupakan kerjasama antara Pi1M Kg Biau, Unit Ukhwah Bil Dakwah(UBD), Surau Al Jemaah, Kelab Belia Perintis Transformasi(PETRA) Kg Biau serta KEBAQ(KEMAS) Kg Biau. Sukan “Street Soccer” ini dibahagikan kepada 2 kategori  iaitu kanak-kanak dan dewasa. Untuk kategori kanak-kanak, terdapat 9 kumpulan manakala Kategori dewasa pula terdapat 7 pasukan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3... read more

Program Aurat First 2.0: Sukan Muslimat

11 December 2017 |

Program Aurat First 2.0 “ Riadah Sambil Beribadah” merupakan rentetan program Aurat First 1.0 yang pernah diadakan sebelum ini. Program ini diadakan pada 11.12.2017 dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan dihadiri seramai  33 orang. Program ini merupakan kerjasama antara Pi1M Kg Biau, Unit Ukhwah Bil Dakwah(UBD), Surau Al Jemaah, Kelab Belia Perintis Transformasi(PETRA) Kg Biau serta KEBAQ(KEMAS) Kg Biau. Peserta yang mendaftar akan dibahagikan mengikut kumpulan. Bagi kategori muslimat bertemakan “Ilmu Dalam Bersukan”, terdapat  4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan permainan di setiap... read more

Program Sukan #AuratFirst

21 November 2017 |

18/11/2017-Sabtu, Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Padang Bola Kampung Biau Bongawan dengan kerjasama Jawatankuasa KRT BIPISI, Jawatankuasa UBD, Jawatankuasa Surau Al-Jemaah Kg.Biau Bongawan dan juga PI1M Kg.Biau Bongawan. Program ini bertujuan untuk memupuk semagat kesukanan dikalangan komuniti setempat iaitu berkonsepkan riadah sambil beribadah. Setiap komuniti yang hadir ke program ini harus memakai etika pemakaian menutup aurat. Program ini diadakan di Padang Bola Kg.Biau Bongawan. Aktiviti Program Sukan #AuratFirst ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu kategori kanak-kanak lelaki, kategori kanak-kanak perempuan dan golongan lelaki dewasa dan satu kategori untuk golongan kaum ibu-ibu.... read more

lagi berita & aktiviti