Program Santai Tayangan Video Youtube Ceramah Interaktif.

17 November 2016 |

Program Santai Ceramah Interaktif “ Bisikan Dajjal”  telah diadakan oleh Jawatankuasa Kelas Bina Insan KEMAS dengan kerjasama PI1M Kg.Biau Bongawan. Program santai ini adalah program tayangan video online youtube mengenai ceramah keagaaman yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fawwaz.

Program ini sudah sering kali diadakan oleh penganjur dengan PI1M Kg.Biau Bongawan.  Seramai 18 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada kaum ibu-ibu iaitu pelajar Kelas Bina Insan KEBAQ (KEMAS) itu sendiri dan juga para belia Kg.Biau Bongawan.

Program tayangan video youtube ini diadakan pada 11 November 2016,  bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Program dimulakan dengan alu-aluan daripada jawatankuasa KEBAQ, tayangan video youtube ceramah tersebut dan diakhiri dengan jamuan ringan.