Kisah Kejayaan Celik IT Q4

24 November 2016 | Kisah Kejayaan

Adik Noraziera binti Silimudin adalah pelajar yang berumur 12 tahun, dan telah menduduki peperiksaan UPSR. Noraziera merupakan anak yang ke-4 daripada 6 orang adik beradik. Adik Noraziera ini, merupakan seorang yang aktif dalam apa jua aktiviti yang diadakan oleh Pihak PI1M Kg.Biau Bongawan. Noraziera mula menjadi ahli PI1M sejak Feb 2013.

Pada mulanya, adik Noraziera ini sama macam kanak-kanak yang lain yang mana tidak mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan melayari internet. Namun bergitu, adik Noraziera tidak pernah jemu untuk datang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M dan dia sentiasa mengikuti kelas-kelas ict yang diadakan oleh staff PI1M tanpa jemu.

Berkat kesabaran dan mempunyai sikap ingin belajar kini adik Noraziera sudah pandai menggunakan komputer dan melayari internet dengan sendirinya.Selain itu, adik Noraziera juga aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh PI1M Kg.Biau Bongawan.

Semasa mengikuti kelas ict yang diadakan oleh staff PI1M Kg.Biau Bongawan, kini adik Noraziera boleh menaip surat tidak rasmi, mereka iklan, mengedit gambar, mereka kad ucapan dan sebagainya.

Hasil mengikuti setiap kelas dan aktiviti yang diadakan oleh PI1M, adik Noraziera dengan tidak menyedari bahawa dirinya kini sudah boleh menggunakan komputer dengan baik. Disamping mengguankan Internet untuk melayari Facebook, adik Noraziera juga melayari internet untuk mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat yang diperlukan.