Kisah Kejayaan Usahawan 1 Q4

24 November 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Noorsawallijah atau nama panggilan Waleja adalah seorang usahawan yang menjual produk kecantikan secara atas talian. Beliau mula bergiat dalam perniagaan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang. Untuk membeli produk yang dijual oleh beliau, pelanggan boleh menghubungi beliau dengan menggunakan aplikasi Whatsapp atau pun melayari facebook beliau.

Sebelum berniaga secara online, puan Waleja adalah seorang suri rumah sahaja. Sejak adanya Wifi komuniti yang disediakan oleh pihak PI1M Kg.Biau Bongawan, beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan online yang mana beliau mula membuat akaun facebook sendiri hanya dengan menggunakan perkhidmatan Wifi Komuniti kerana rumah beliau tidak jauh daripada PI1M Kg.Biau Bongawan.

Selain menggunakan perkhidmatan Wifi Komuniti yang disediakan, Puan Waleja juga ada mengikuti kelas Latihan Keusahawan yang diadakan oleh pihak PI1M untuk menimbah ilmu mengenai perniagaan atas talian dengan lebih lanjut lagi.

Yang pernah dipelajari daripada PI1M adalah cara-cara perniagaan online, membuat promosi mengenai produk dan membuat akaun facebook untuk produk-produk yang dijual.

Dengan adanya perkhidmatan Wifi Komuniti yang disediakan oleh PI1M Kg.Biau Bongawan, telah banyak membantu saya dalam perniagaan online saya. Sekiranya perkhidmatan ini tidak ada, mungkin saya akan menghadapi masalah untuk melayari internet.Dengan menjalankan perniagaan atas talian ini, telah membantu meningkatkan pendapatan isi rumah puan Waleja.