Kisah Kejayaan Usahawan 2 Q4

24 November 2016 | Kisah Kejayaan

Cik Umi Khalsum adalah ahli Pi1M Kg.Biau Bongawan sejak Januari 2013. Beliau berumur 23 tahun dan memilih untuk bekerja sendiri sebagai sumber pendapatan beliau. Oleh itu beliau mula menjalankan perniagaan membuat aiskrim homemade sejak tahun 2014 sehingga hari ini. Permintaan terhadap aiskrim buatan Umi sangat baik dikalangan komuniti setempat.

Sebelum adanya Pi1M Kg.Biau Bongawan, tahap pengetahuan Umi mengenai komputer sangat kurang.

Setelah mengaktikan diri dalam aktiviti dan mengikuti kelas yang diadakan oleh pihak PI1M, pengetahuan Umi mengenai penggunaan komputer sudah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Selain itu, Pihak Pi1M dan juga Cik Umi ada mengadakan bengkel membuat aiskrim sendiri sebagai pendedahan untuk kanak-kanak yang berumur 10 tahun.

Umi dapat mempelajari pelbagai pengetahuan setelah kerap kali mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan oleh pihak Pi1M antaranya, membuat label untuk aiskrim jualan nya, membuat poster iklan untuk aiskrimnya, dan membuat page facebook untuk aiskrimnya.

Atas kerjasama dan tunjuk ajar yang sering diberikan oleh staff PI1M, sedikit sebanyak telah membantu Umi dalam membuat promosikan aiskrim buatan beliau. Kini aiskrim Umi telah dikenali ramai dan mendapat sambutan yang baik dikalangan komuniti setempat.