Usahawan Puan SHARMILA BINTI ASMAT- Menjual & Menerima Tempahan Kuih muih Basah

25 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                      : SHARMILA BINTI ASMAT

Umur                      : 37 Tahun

Status                     : Berkahwin

Usahawan              : Menjual & menerima tempahan pelbagai jenis  kuih muih

Merupakan seorang usahawan Kg.Biau Bongawan yang menjual dan menerima tempahan kuih-muih basah. Beliau mula berniaga kuih-muih sejak 2011 dengan ibu beliau. Antara kuih-muih yang sering beliau jual adalah seperti kuih pinjaram,  kuih karipap, kuih gelang, kuih kacang hijau dan berbagai-bagai lagi. Puan sharmila juga menerima tempahan kuih muih untuk majlis tertentu mengikut permintaan pelanggan beliau. Selain itu, beliau mempunyai gerai sendiri yang terletak di Pekan Bongawan, yang boleh dikujungi oleh pelanggan setempat. Istimewanya gerai puan Sharmila ini, kuih muih yang dijual adalah kuih muih yang masih panas-panas lagi, antaranya kuih kacang hijau, kuih cakoi, dan kuih popia. Beliau mula beroperasi menjual kuih pada petang hari sahaja bermula pada jam 3.30 petang sehingga jualan beliau habis. Gerai beliau ini buka pada setiap hari kecuali pada hari isnin. Harga bagi kuih muih yang dijual adalah RM1.00 untuk 3 biji.