BENGKEL SISTEM MAKLUMAT (e-RT dan e-IDRT) DAERAH PAPAR 2016

20 November 2016 |

       Pada 20 November 2016, satu program kerjasama antara Pegawai  JPNIN Daerah Papar dan Pi1M Kampung Biau untuk menggunakan kemudahan internet bagi memastikan setiap KRT yang terdapat di Daerah Papar memasukkan laporan aktiviti dan kewangan di dalam Sistem Maklumat JPNIN.

      Seramai 20 orang melibatkan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dari setiap KRT di Daerah Papar menghadiri kursus ini yang dikendalikan oleh Encik Aruhn Bin Adang dari JPNIN Daerah Papar dan dibantu oleh Penolong Pengurus Pi1M Kg Biau Bongawan serta Pengerusi KRT BIPISI Encik Wasli Bin Ismail.

       Program ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Semua peserta bengkel menerima sijil penyertaan dari JPNIN Daerah Papar.