Aktiviti Membuat Aiskrim Homemade Sempena Cuti Sekolah Bulan Disember 2016

20 December 2016 |

Mini bengkel ini telah diadakan pada 16.12.2016 bersamaan hari jumaat yang lalu. Bengkel ini diadakan untuk siri ke-2 memandangkan ada permintaan dikalangan kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah. Bengkel ini telah disertai seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PI1M Kg.Biau Bongawan. Tenaga pengajar membuat aiskrim ini ialah Cik Umi Khalsum Binti Abd Ghani yang merupakan salah seorang usahawan kecil yang terdapat di kampung Biau ini.

Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim homemade ini, yang telah disampaikan oleh Cik Umi sendiri. Selesai penerangan, Cik Umi pun memulakan proses-proses membuat aiskrim ini yang mana para peserta diminta untuk memasukkan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam Mixer untuk diputarkan sehingga kembang. Selesai mencampurkan kesemua bahan, peserta dikehendaki menambahkan perisa dan pewarna kedalam aduanan yang telah diputarkan tadi. Step by step Cik Umi mengajar peserta membuat aiskrim ini sehingga selesai.

Bengkel ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan penyampaian sijil penyertaan, penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar dan jamuan minum ringan pada hari tersebut.