Pertandingan Futsal Pi1M 2016

24 December 2016 |

Sempena cuti sekolah pada bulan Disember 2016, Pihak Pi1M Kg.Biau Bongawan dengan kerjasama KRT BIPISI, Kelab Belia Perintis Transformasi(PETRA) dan Jawatankuasa Padang Kg. Biau telah mengadakan pertandingan Futsal tertutup PI1M Kg.Biau Bongawan. Perlawanan ini diadakan pada 24.12.2016 bersamaan hari Sabtu.

 

Seramai 30 orang kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah telah mengikuti perlawanan ini dan seramai 10 orang AJK PI1M Kg.Biau dan Jawatankuasa Padang turut hadir. Tujuan perlawanan futsal ini diadakan adalah untuk memanfaatkan masa terluang sempena cuti persekolahan selain merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan remaja kerana setiap ahli pasukan dipilih secara undian.

 

Selain itu, tujuan futsal ini diadakan juga adalah sebagai satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh ahli-ahli PI1M Kg.Biau Bongawan pada hujung minggu selain melayari internet. Hal ini juga dapat membantu pihak PI1M Kg.Biau Bongawan dari segi mempromosikan Pi1M sebagai medan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang boleh disertai oleh komuniti Kg.Biau Bongawan itu sendiri.

 

Kejohanan Futsal ini dilangsungkan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari, yang mana setiap team futsal hanya diberikan masa selama 7 minit untuk menghabiskan permainan mereka. Sebanyak 5 team yang telah menyertai perlawanan futsal ini. Setiap team terdiri daripada 6 orang pemain.

 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Wasli Ismail selaku Pengerusi KRT Bipisi.