Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Kg.Biau Bongawan.

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama Nusuara Technologies Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan dibawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan Jurang Digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Okjektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan Internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1 Malaysia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

  • Menaip
  • Kelas Komputer/ICT (Percuma Untuk Ahli)
  • Sewa Bilik Training

 

Maklumat Komuniti Kampung Biau Bongawan

 

Kampung Biau Bongawan Kampung Biau pada asalnya adalah  merupakan sebuah perkampungan yang kecil di mana ianya hanya didiami oleh beberapa keluarga sahaja. Perkampungan  ini  wujud  lebih kurang lima puluh lima tahun dan  pada  masa  itu  rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan tradisional. Adalah dipercayai nama asal “Kampung Biau” ini bersempena dengan  terdapatnya takungan air  atau  tasik-tasik yang kecil dan juga hutan paya bakau yang mana takungan air dan tasik-tasik kecil ini dahulunya dipanggil sebagai ‘Biau’.  Kampung Biau juga merupakan satu kawasan  yang amat sesuai untuk beriadah  kerana  disinilah letaknya Pantai Kenangan yang menghadap Laut Cina Selatan yang amat luas dan berlatarbelakangkan Pulau Tiga.

 

Pantai Kenangan ini juga telah mencipta satu kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan terutamanya generasi terdahulu dan juga seorang juruterbang berbangsa Inggeris yang berasal dari Australia di mana beliau telah mendaratkan kapal terbangnya yang kehabisan minyak. Kapal terbang tersebut telah terkubur di Pantai Kenangan ini dan tidak dapat dikesan sehingga kini.


Kini Kampung Biau sudah berubah wajah, dahulunya sebuah perkampungan yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas, mundur dan jauh ketinggalan terutamanya dari segi sosial, pendidikan dan ekonomi. Dari segi kemudahan asas Kampung Biau tidak juga ketinggalan dari kampung-kampung yang lain di kawasan N.23 Bongawan malah merupakan salah satu  kampung  yang  termaju dan  mempunyai  kemudahan asas yang mencukupi.

 

Maklumat PI1M & Komuniti Kampung Biau Bongawan

 

Lokasi

Kampung Biau Bongawan

UST Area

Papar

Daerah

Papar

Negeri

Sabah

Populasi

1,024 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Nelayan,Pertanian(sayuran& Tembikai), Penternakan (Ayam Daging) Pembuatan (Perabot, Perahu, Ikan Jeruk, Makanan Kering, Kraftangan & Makanan Kuih Basah), Perkhidmatan (Perkhidmatan Canopy, Andaman, Jahitan & Gerai Makanan), Peruncitan

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

385 orang

Lat/Long PI1M

5.548, 115.848

Teknologi

Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

16 Januari 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Magdalina Motuin

Email: magdalina@celcom1cbc.com

No Telefon:019-8692705

 

Penolong Pengurus

Nama: Salma Binti Kamis

Email: salma@celcom1cbc.com

No Telefon:013-5436891

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-biau

Kampung Tanpa Wayar

1.     Rumah Ketua Kampung, Kampung Biau Tengah(12m KTW Pole)

2.     Rumah En Jeffery  Musa, Kampung Silat(12m KTW Pole)

3.     Surau Kampung Pikat, Kampung Pikat(12m KTW Pole)

 

Tempat-tempat menarik

Pantai Kenangan Bongawan

Pantai Kenangan menjadi tarikan utama pelancong samada dari dalam mahupun luar negara terutama sekali pada hujung minggu dan cuti umum. Lokasinya terletak lebih kurang 5km dari Pekan Bongawan. Keindahan pantai ini mampu menenangkan fikiran sesiapa sahaja. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan awam yang disediakan seperti tandas awam dan surau. Kehadiran pengunjung yang ramai juga dapat menjana ekonomi penduduk setempat yang mengambil peluang membuka gerai jualan seperti gerai makan, jualan produk-produk tempatan seperti makanan kering  dan pelbagai lagi.

 

Ikan Perap Ma’ Kalas

Ikan Perap Ma’ Kalas merupakan satu penjenamaan semula kepada produk tempatan yang sebelum ini dikenali dengan nama Ikan Jeruk Goreng. Produk ini telah menembusi pasaran tempatan dan juga ke Semenanjung Malaysia.Pemiliknya menggunakan media sosial bagi tujuan promosi produk dan mencari pasaran yang lebih luas. Selain itu, pemiliknya sering menyertai kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta aktif menyertai ekspo-ekspo usahawan yang diadakan.

 

Nama pemilik: Ramli Bin Patera

No Telefon: 019-5811032

Alamat Penuh: Kampung Biau, 89700 Bongawan, Papar, Sabah

Facebook: https://www.facebook.com/ikanjerukgorengsedap/timeline