AJK PI1M

Jawatankuasa PI1M Kg.Biau Bongawan telah ditubuhkan sejak tahun 2012. Tujuan Penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk membantu melicinkan perjalanan program-program yang diadakan oleh pihak pengurusan PI1M itu sendiri kerana program-program yang diadakan melibatkan komuniti setempat . Selain itu, dengan adanya jawatankuasa ini, dapat membantu kakitangan PI1M untuk mendapatkan info semasa yang berlaku di kampung tersebut. Walau bagaimanapun Ahli Jawatankuasa ini tidak terlibat dalam pengurusan operasi PI1M Kg.Biau Bongawan.
Ahli Jawatankuasa ini tidak akan dibubarkan dan akan dikekalkan untuk jangka masa yang panjang. Selain membantu dalam melicinkan perjalanan program-program yang diadakan, AJK PI1M perlu hadiri semasa mesyuarat yang diadakan. Hal ini kerana, suara setiap AJK PI1M sangat dihargai untuk menambahbaik program-program yang akan diadakan dari semasa ke semasa.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.