Ekonomi dan Keusahawanan




Aktiviti ekonomi setempat dan sekitar Kampung Biau Bongawan


Nelayan tradisional

Kebanyakan penduduk Kampung Biau masih menjalankan aktiviti  menangkap ikan secara kecil-kecilan menggunakan bot kecil dan juga pukat. Kebiasaannya, hasil tangkapan akan dijual secara terus kepada penduduk

Petani- sayuran dan buahan

 

Terdapat juga segelintir penduduk yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti sawi, bayam dan cili padi untuk pasaran tempatan. Selain itu, ada juga yang menanam buah-buahan seperti tembikai dan pisang.

 

Penternak ayam

 

Penternakan ayam juga merupakan salah satu sumber ekonomi penduduk Kampung Biau dan diusahakan dalam skala kecil. Permintaan yang tinggi terhadap daging ayam membolehkan pengusaha terus berkembang dengan baik. Selain daging ayam, telur ayam juga dijual dan tahi ayam juga dijual sebagai baja.

 

 

Pengusaha makanan ringan

 

Ramai antara suri rumah yang terdapat di Kampung Biau menjadi pengusaha makanan ringan seperti kerepek pisang dan kerepek ubi serta kuih tradisional negeri Sabah seperti kuih cincin dan kuih kekara. Pasaran makanan ringan ini tidak terhad di sekitar Bongawan sahaja kerana sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya ketika musim perayaan.

 

Pengusaha perabot

 

Terdapat dua orang pengusaha perabot yang terdapat di Kampung Biau Bongawan. Antara perabot yang dihasilkan ialah almari pakaian dan kabinet dapur. Ada juga pelanggan yang menempah perabot mengikut rekaan sendiri.

 

Pengusaha ikan bilis

 

Ikan bilis sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penduduk terutamanya mereka yang terlibat dengan penjualan nasi lemak dan juga kerepek. Pengusaha biasanya memiliki bagang sendiri bagi memudahkan proses menangkap ikan bilis.

 

Pengusaha gerai makan

 

Gerai makan kecil-kecilan sentiasa menjadi pilihan warga kampung kerana dapat menikmati harga makanan dan minuman yang berpatutan standing dengan kedai makan yang terdapat di pecan. Selain itu, kedudukan gerai makan berdekatan dengan rumah memudahkan penduduk menjamu selera.

 

 

 

Peniaga runcit

 

Walaupun terdapat banyak pengusaha kedai runcit di Kampung Biau, ianya tidak menjadi halangan kepada peniaga untuk bersaing secara sihat. Kedudukan kanpung tidaklah terlalu jauh dari pecan namun kedai runcit tetap menjadi pilihan kerana ada kedai yang menawarkan harga yang jauh lebih murah dari kedai runcit di pekan.

 

 

Pengusaha produk jeruk ikan

 

Mewarisi perniagaan dari keluarga beliau, Encik Ramli Bin Patera merupakan seorang usahawan yang berjaya di Kampung Biau ini. Produknya bukan sahaj dikenali di Sabah malah di Semenanjung termasuk juga Singapura dan Brunei. Beliau sentiasa komited untuk meningkatkan mutu produk dengan menyertai kursus-kursus usahawan tanpa mengira anjuran badan kerajaan mahupun swasta. Beliau juga aktif menyertai carnival usahawan kecil dan sederhana bagi mempromosikan produk beliau. Selain itu, penggunaan media sosial seperti Facebook sebagai medium pengiklanan juga membantu meningkatkan hasil jualan beliau.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.