Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain
Pi1M Kampung Biau Bongawan telah dibuka pada 12 November 2012 tetapi beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 2013 selepas audit dijalankan oleh pihak SKMM. Pi1M Kampung Biau diuruskan oleh dua kakitangan iaitu seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus. 

Pi1M Kampung Biau Bongawan meliputi tiga buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Biau, Kampung Pikat dan Kampung Silat dengan jumlah penduduk kira-kira 1024 orang. Selain Pusat Internet, setiap kampung tersebut menerima perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar(KTW) yang membolehkan pengguna melayari internet di rumah masing-masing. Kebanyakan komuniti di sekitar Pi1M Kampung Biau bekerja sebagai pegawai kerajaan dan swasta, petani, nelayan, dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Objektif utama  PI1M ditubuhkan adalah untuk  : 
  1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosisal masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti di jalankan di Pi1M
  4. Merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Antara Perkhidmatan Yang Disediakan oleh PI1M Kampung Biau Bongawan ialah Kelas asas ICT PercumaPenggunaan Internet / KomputerPrint , FotostatScan dan Laminate

Masa Beroperasi PI1M Kampung Biau Bongawan:-
Hari                    : Isnin - Ahad    
Masa                  : 8.00am - 5.00pm 
Masa Rehat       : 12.00pm - 1.00pm
Tutup                 : Cuti Umum
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan