Bengkel Jambangan Bunga Dan Coklat

14 September 2017 | Berita Terkini

Pada 07 September 2017, Pi1M Kg Bundu bersama dengan Pi1M Pekan Kuala Penyu dan Pi1M Pekan Menumbok telah mengadakan bengkel gubahan jambangan bunga dan coklat. Pada jam 8.30 pagi semua peserta yang terlibat dalam bengkel memulakan program dengan bersarapan pagi. Bengkel bermula pada jam 9.00 pagi dimana semua peserta yang hadir mengambil tempat masing-masing.

       Pi1M telah menjemput Pn. Rawiah Rajab untuk berkongsi pengalaman beliau semasa mengikuti kursus yang dijalankan d Kolej Komuniti Beaufort anjuran Wanita. Puan Rawiah Rajab ialah ahli Pi1M yang sangat aktif mengikuti semua aktiviti yang diadakan di Pi1M, oleh itu kami menjemput beliau sebagai tenaga pengajar dalam bengkel ini.

    Dengan adanya program ini, komuniti dapat memulakan suatu perniagaan yang baru dan sangat menarik disamping itu dan dapat menghasilkan komuniti yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang baru. Semoga selepas mempelajari bengkel gubahan jambangan bunga dan coklat peserta dapat terus menghasilkan gubahan mereka sendiri samada untuk memulakan perniagaan atau untuk menjimatkan kos sendiri untuk diberikan pada hari jadi dan lain-lain sambutan.