Program Cuti Sekolah Sempena Peperiksaan UPSR

25 September 2017 | Berita Terkini

Baru-baru ini, pada 11 September 2017 bersamaan dengan hari Isnin pihak Pi1M Kg Bundu mengadakan hari untuk bersantai bersama para pelajar sekolah rendah yang tidak menjalani peperiksaan UPSR. Para pelajar yang terlibat adalah di kalangan pelajar PraSekolah sehinggalah Darjah Lima. Para pelajar mempelajari tarian Baby Shark untuk di persembahkan dan aktiviti seterusnya adalah merakam tarian mereka dalam bentuk video. Penekanan yang paling penting dalam aktiviti ini adalah untuk membentuk disiplin dan kerjasama berpasukan antara kesemua pelajar yang terlibat, ini kerana tanpa kerjasama yang kukuh rakaman yang dihasilkan tentulah kurang memberangsangkan untuk ditonton.

      Akhir kata, semoga aktiviti seperti ini akan dijalankan lagi di masa akan datang agar anak-anak muda tidak terlalu bermain internet sahaja tanpa menjalankan aktiviti fizikal yang sihat bersama rakan-rakan mereka yang lain. Pihak Pengurusan Pi1M Kg Bundu juga berharap agar lebih ramai lagi pelajar akan mengikuti aktiviti Pi1M selepas ini.