Hari Terbuka Pi1M Kg Bundu 2017

25 September 2017 | Berita Terkini

     Pada 23hb September 2017, Pi1M Kg Bundu dengan berbesar hati telah mengadakan Hari Terbuka Pi1M bagi tahun 2017. Acara yang dijalankan hanya sekali dalam setahun ini menerima kunjungan seramai lebih kurang 50 orang ahli Pi1M yang mojoritinya terdiri daripada ibubapa dan pelajar sekolah rendah. Antara program yang dijalankan pada Hari Terbuka Pi1M Kg Bundu pada kali ini adalah seperti pertandigan mewarna bagi kategori sekolah rendah, pertandingan menaip dalam talian bagi para pelajar dan juga pertandingan ICT Treasure Hunt bagi ibubapa dan juga belia dalam kumpulan.

     Selain itu juga, taklimat klik dengan bijak serta kuiz spontan turut dijalankan dan penceramah adalah wakil daripada Pi1M Pekan Menumbok dan Pi1M Pekan Kuala Penyu iaitu Cik Hazriyana Harris dan juga Puan Angie Lolli. Selain itu, tarian Baby Shark juga di buat untuk memberikan kesegaran kepada ahli Pi1M yang hadir pada hari tersebut untuk mendengar taklimat dengan baik.

     Acara yang bermula pada jam9 pagi tamat pada sekitar jam 2petang dan diakhir dengan penyampaian hadiah oleh pengurus Pi1M,Encik Roystone Stamaria. Selepas acara siap, para hadirin di pelawa makan bersama-sama dan para kanak-kank diberikan door gifts khas untuk menghargai mereka yang selama ini menyokong semua aktiviti Pi1M Kg Bundu.

.