KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PEMBUATAN KEK: PN. FEIONAH TIMOTHY DANIEL

14 December 2016 | Kisah Kejayaan

Maklumat Usahawan: 

Nama: Feionah Timothy Daniel

Umur: 33 Tahun

Alamat: Kg. Menunggang Kuala Penyu

Bentuk perniagaan : Menerima Tempahan Kek

Latar Belakang : Feionah merupakan seorang usahawan wanita yang membuat kek. Mula meminati bidang ini sejak kecil lagi. Namun tergendala sementara semasa melanjutkan pelajaran namun memulakan kembali apabila sudah berjaya menamatkan pelajarannya. Akhirnya kini Feionah mempunyai perniagaan sendiri itu membuat kek yang dinamakan Bake From Heart

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M : Sebelum penggunaan ICT, Feionah hanya melakukan tempahan daripada pelanggan yang datang ke gerainya ataupun saudara-mara yang mengetahui tentang perniagaan yang dilakukannya

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M : Selepas menghadiri beberapa training di Pi1M Kg. Bundu tentang penggunaaan ICT seperti microsoft word,office,blog,facebook dan lain-lain akhirnya Feionah kini bukan sahaja mendapat tempahan daripada orang yang mengenalinya tetapi oleh pelanggan yang melihat promosi yang dilakukannya melalui internet

Apa yang dipelajari melalui PI1M : Melalui latihan ICT yang diberikan kepadanya di Pi1M Kg. Bundu, Feionah mempelajari penggunaan laman sosial seperti facebook yang boleh digunakan sebagai media promosi. Bukan itu sahaja, Feionah dapat mereka pelbagai lagi bentuk hiasan semasa untuk tempahan kek beliau.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT: Sebelum ini, Feionah hanya mendapat tempahan daripada orang yang mengenalinya sahaja, tetapi selepas sahaja apa yang dipelajarinya d Pi1M Kg. Bundu dan dia mempraktikkannya dengan membuat promosi di laman sosial dan lain-lain akhirnya Feionah bukan sahaja mendapat tempahan di sekitar Kuala Penyu tetapi juga mendapat tempahan daripada daerah lain seperti Beaufort dan Membakut 

Maklumbalas : feionah mengucapkan terima kasih kepada Pi1M Kg. Bundu atas training yang diberikan kepadanya. Feionah juga mengatakan bahawa usahawan lain sepatutnya mengambil peluang untuk datang menghadiri training yang diberikan dan banyak memberikan manfaat.

Sekiranya ingin menempah kek atau ingin melihat contoh-contoh kek yang dibuat, bolehlah menghubungi Feionah di no: 0168289619

 

Antara produk yang dihasilkan

Antara produk-produk kek yang dihasilkan.