KISAH KEJAYAAN USAHAWAN JAHITAN: PN RAWIAH ABD. RAJAB

14 December 2016 | Kisah Kejayaan

Maklumat Usahawan:

Nama:  Rawiah Abd. Rajab

Umur:  30 Tahun 

Alamat: Kampung Bundu Kuala Penyu 

 Bentuk Perniagaan : Perniagaan jahitan pelbagai jenis pakaian tradisional dan moden.

Latar Belakang : Pn Rawiah merupakan seorang ibu tunggal yang berjiwa kental, beliau sangat meminat bidang jahitan dan menjadi hobi masa lapangnya itu sebagai perniagaan di rumah. Beliau juga merupakan salah seorang ahli tertinggi JKKK Kg Kebatung yang juga terletak di dalam Mukim Bundu.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M: Sebelum ini Pn Rawiah bergerak sendiri dan dikenali oleh para pelanggannya melalui buah mulut orang kampung dan pelanggannya yang terdahulu.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M: Lebih ramai pelanggan Pn Rawiah datang kerana kualiti jahitan yang sangat bagus serta melalui testimoni pelanggan di laman Facebook beliau.

Apa yang dipelajari melalui PI1M : Kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) di Kg. Bundu ini, banyak memberi manfaat kepada Pn. Rawiah dan juga seluruh penduduk di kampung ini kerana mereka dapat meluangkan masa untuk melayari internet di Pi1M ini dan mengikuti kelas ICT serta Keusahawanan yang diadakan. Kemudahan ini dapat memberi peluang kepada komuniti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang ICT.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT: Pn Rawiah terlibat dengan banyak aktiviti yang di jalankan termasuklah Hari Terbuka, ceramah Klik Dengan Bijak dan juga Latihan Keusahawanan. Beliau sentiasa menantikan agar ada lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dapat di jalankan dan ada pembaharuan dari segi kelas ICT di masa akan datang. Pn Rawiah berterimakasih atas semua tunjuk ajar daripada pihak pengurusan Pi1M dan berharap agar perkhidmatan Pi1M kekal dan berterusan.

MaklumBalas : Pn Rawiah terlibat dengan banyak aktiviti yang di jalankan termasuklah Hari Terbuka, ceramah Klik Dengan Bijak dan juga Latihan Keusahawanan. Beliau sentiasa menantikan agar ada lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dapat di jalankan dan ada pembaharuan dari segi kelas ICT di masa akan datang. Pn Rawiah berterimakasih atas semua tunjuk ajar daripada pihak pengurusan Pi1M dan berharap agar perkhidmatan Pi1M kekal dan berterusan.

Gambar 1: Pn Rawiah bersama rakan-rakan mengikuti kelas Keusahawanan di Pi1M Pekan Kuala Penyu

Gambar 2: Pn Rawiah mengadakan pameran baju-baju tradisi kaum Tatana sempena Pesta Rumbia 2015