Latihan Keusahawanan Disember 2016

18 December 2016 | Berita Terkini

Pada 6 dan 7 Disember 2016, seramai 3 orang peserta telah mengikuti kelas keusahawanan yang bertempat di Pi1M Kg Bundu. Modul keusahawanan ini melibatkan 5 slot seperti pengenalan asas perniagaan, pemasaran melalui media sosial, pemasaran melalui Instagram, cara-cara membuat kain rentang (poster) dan juga blog. Melalui bengkel latihan keusahawanan ini, para peserta diajar untuk memasarkan produk perniagaan mereka melalui media-media ini agar peniagaan mereka dapat berkembang dan mendapat pasaran. Kesemua peserta yang hadir merupakan surirumahtangga sepenuh masa.

            Bengkel latihan seperti ini dapat mengalakkan para peserta untuk melebarkan sayap perniagaan untuk memasarkan perniagaan mereka ke suatu tahap yang lebih maju. Semoga latihan dan usaha sama di antara PI1M Pekan Kuala Penyu, PI1M Kg Bundu dan Pekan Menumbok ini dapat di teruskan di masa akan datang. Kami juga berharap agar melalui latihan keusahawanan ini sedikit sebanyak dapat membantu para perserta dan harapan kami agar lebih ramai masyarakat yang berminat dalam bidang keusahawanan ini dapat melibatkan diri untuk mengikuti kursus anjuran kami ini.