Program Hari Terbuka Pi1M Kg Bundu

20 December 2016 | Berita Terkini

Pada 10 Disember 2016, bersamaan dengan hari Sabtu Pi1M Kg Bundu mengadakan Hari Terbuka Pi1M buat kali yang keempat sejak penubuhannya. Seramai lebih kurang 46 orang ahli dan juga bukan ahli Pi1M datang memeriahkan suasana sambutan Hari Terbuka ini. Program ini merupakan penghargaan kepada penduduk di sekitar Kg Bundu ini kerana sentiasa terus menyokong dan memberikan kerjasama sepanjang P1M Kg Bundu ini mula ditubuhkan.

            Program bermula pada pukul 9 pagi, dimana acara pertama yang dipertandingkan adalah Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Partandingan ini adalah bertemakan PI1M dan juga Klik Dengan Bijak. Acara seterusnya adalah ceramah Klik dengan Bijak dan juga Kuiz spontan KDB, ceramah ini di dengari oleh semua hadirin yang hadir pada hari tersebut. Selesai sahaja ceramah KDB dan juga Kuiz Spontan semua hadirin yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan makan tenghari.

            Selepas sahaja waktu rehat, acara seterusnya yang dijalankan adalah Cyber Treasure Hunt. Acara ini dijalankan indoor di mana para peserta dibahagikan kepada 3kumpulan dan mereka perlu menjawab beberapa soalan kuiz, permainan online yang menguji minda dan juga soalan pengetahuan am. Kumpulan yang berjaya menamatkan treasure hunt ini terlebih dahulu daripada kumpulan lain dianggap sebagai juara.

            Selesai sahaja kesemua acara dipertandingkan, pemberian hadiah dijalankan kepada semua pemenang. Acara berakhir pada jam 3.30 petang dan semua yang hadir bersama-sama membersihkan Pi1M. Program sehari ini dapat meningkatkan kesedaran pengguna mengenai Pusat Internet 1 Malaysia dalam fungsi dan peranannya seterusnya merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Aktiviti dan bimbingan yang dianjurkan bertujuan menggalakkan pengguna datang lebih kerap bagi menggunakan sepenuhnya kemudahan  yang ada dengan lebih  cekap, selamat dan berfaedah. Semoga di masa akan datang program seumpama ini akan terus mendapat sambutan daripada penduduk sekitar.