Kursus Asas Solekan 2017

09 January 2017 | Berita Terkini

Pada 5 Januari, 2017 bersamaan dengan hari Khamis, Pi1M Kg Bundu dengan gabungan kerjasama Pi1M Pekan Menumbok, Pi1M Pekan Kuala Penyu dan juga Pi1M Kg Tenambak telah mengadakan Kursus Solekan Asas dan juga dandanan rambut bagi para surirumah, belia dan juga usahawan yang berminat. Seramai 16 orang peserta mengikut kursus ini.

         Kursus bermula sekitar jam 2 petang, guru solek yang mengajar kami iaitu Pn Laura Harry memulakan make up look yang pertama iaitu, simple day make up (solekan siang hari) bagi peserta yang tidak memakai tudung. Dandanan rambut di ajar oleh Puan Rawiah Rajab selaku pembantu Pn Laura pada petang tersebut. Seterusnya, make up look yang kedua adalah glam makeup (solekan glamor). Solekan kedua ini pula khas bagi yang bertudung. Pelbagai tips menarik dikongsi oleh Pn Laura Harry pada petang tersebut, dan semua peserta yang hadir digalakkan bertanya secara spontan jika ada pertanyaan. Pn Laura juga sempat mengongsikan pengalaman beliau sebagai jurusolek selama ini. 

        Semoga dengan adanya kursus seperti ini, para peserta yang hadir dapat manfaat yang seterusnya boleh dijadikan sebagai ilmu bagi perniagaan solekan ataupun bagi diri sendiri secara peribadi. Kesemua Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang terlibat mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Pn Laura dan Pn Rawiah atas sokongan mereka pada Kursus kali ini. Kami mengharapkan akan ada lagi kesinambungan seterusnya bagi kursus ini kerana masih ramai yang berminat untuk mengikuti.