Mengenai PI1M

Maklumat Pi1M Kg Bundu

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad dan Nusuara Technologies Sdn Bhd.  Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Objektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) ini adalah untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang tiada perkhidmatan internet.  Setiap Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) yang telah ditubuhkan mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti tempatan menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pi1M akan menyediakan latihan keusahawanan, ICT dan perisian komputer secara percuma.

antara Objektif Pi1M:

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

Perkhidmatan yang disediakan ialah:

  •  Bimbingan Penggunaan ICT
  • Latihan Pembelajaran ICT
  •  Penggunaan komputer dan peralatannya
  • Kelas Keusahawanan
  • Pusat Peminjaman Netbook 1 Malaysia (Ahli Sahaja)
  • Sewa bilik latihan
  • Fotostat, Scan, Print dan Laminate
  • Perkhidmatan Wifi Kampung Tanpa Wayar (KTW)

 

Waktu operasi bagi Pi1M Kg. Bundu ialah: 

Isnin-sabtu : 8.00AM - 5.00pm 

Ahad         : 10.00AM - 5.00PM

Rehat        : 12.00PM - 1.00PM (waktu rehat setiap hari)


Maklumat Komuniti Kg Bundu

Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan lebih kurang 175 batu persegi (45,326 hektar) terletak di kawasan Pedalaman Negeri Sabah.  Daripada jumlah keluasan ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar tanahnya adalah sesuai untuk diusahakan pembangunan aktiviti pertanian.

Dari segi Geografinya, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali di persisiran pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort.  Keadaan cuaca daerah ini biasanya agak kering dan tidak menentu.  Cuaca panas biasanya bermula pada bulan Januari hingga bulan April manakala musim hujan biasanya bermula pada bulan Mei hingga Disember. 

Kedudukan kampung Bundu ini berada di tengah-tengah laluan utama jalan perhubungan untuk ke daerah Beaufort atau Menumbok dan Pekan Kuala Penyu.  Bilangan kampung dibahagi-bahagikan mengikut mukim dan untuk mukim Bundu terdapat 10 bilangan kampung.  Suku kaum yang terdapat mengikut mukim-mukim terdiri daripada suku kaum Tatana, Brunei, Bisaya, Kedayan, Bajau, Cina dan lain-lain.  Rata-rata penduduk kawasan ini pada masa dahulunya mengusahakan tanaman sawah padi namun sudah beralih kepada aktiviti pertanian lain seperti penanaman kelapa sawit dan getah.

 

Maklumat Pi1M & Komuniti Kg Bundu

Lokasi

Kg Bundu

UST Area

Bundu

Daerah

Kuala Penyu

Negeri

Sabah

Populasi

 1,048

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Padi, Getah dan Kelapa Sawit), Perikanan, Perniagaan & Perindusrian Kecil-kecilan, Penternakan (Kerbau, Kambing dan ayam kampung)

Jumlah Keahlian

(setakat 7 Disember 2016)

762 orang.

Lat/Long PI1M

5.509, 115.571

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

12 November 2012

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

        Name:  Roystone Stamaria Emping

         Email:  roystone@celcom1cbc.com

No Telefon:  011-31430648

Penolong Pengurus

        Nama: Conchita David Ellih

         Email: conchita@celcom1cbc.com

No Telefon: 016-8357434

Website

https://www.facebook.com/pi1mkgbundu

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kg Batu 4 – Wall Mount

2.     Pi1M Kg Bundu (20 Meter CBC Tower)

3.     Rumah Atai – Pole 12 Meter

4.     Rumah En. David Engkuan – Pole KTW 12 Meter, Kg Bundu Tara

5.     Rumah En. Paul Badong – Pole KTW 12 Meter, Kg Bundu

6.     Rumah En. Juin – Pole KTW 12 Meter, Kg Kayul

7.     SBC Sg Kayul – Telco Tower