Komuniti

Kampung Bundu ini didiami oleh masyarakat yang  berbilang kaum dan agama. Kaum majoriti yang menetap di Kampung Bundu ini adalah terdiri daripada suku kaum Tatana, kaum Bisaya,dan Brunei. Kebanyakkan penduduk di Kampung Bundu ini masih lagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina biarpun sudah beragama Kristian kerana pada zaman dahulu nenek moyang mereka adalah beragama Pagan dan sehingga sekarang tradisi ini masih diamalkan lagi. Ditambah lagi perkahwinan campur telah memberikan hasil masyarakat majmuk dan berbilang kaum di Kampung ini.


        Dari aspek pendapatan pula, majoriti penduduk Kampung Bundu mempunyai kebun sendiri dan mengusahakan tanaman getah, kelapa sawit dan juga ladang buah-buahan. Tidak kurang juga terdapat masyarakat yang mempunyai perniagaan runcit dan juga berjualan di pasar mingguan (tamu). Pada setiap hari Ahad, seawal pagi lagi ramai penduduk tempatan yang menjual hasil kebun mereka di tapak tamu kampung Bundu (berhampiran dengan Gereja St Peter Bundu). Jika akan berkesempatan mengunjungi tamu mingguan tersebut, bermacam-macam jenis makanan, kuih-muih, sayuran kampung dan juga hasil laut daripada seluruh Kuala Penyu dapat anda lihat dan beli. 


        Masyarakat di kampung ini sangat terkenal dengan sikap mesra dan saling bantu-membantu antara satu sama lain, saling bertoleransi dan bersatu padu biarpun terdapat perbezaan agama, kaum dan kepercayaan masing-masing.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.