Maklumat Tempatan

Sejarah Asal Usul Kuala Penyu

Kuala Penyu mendapat nama sempena seekor Penyu yang disumpah menjadi batu di suatu Kuala Sungai yang dipanggil Sitompok. 

Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Sitompok yang membawa nama asal dengan sebutan “Sitompok” telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu. 

Seperti yang sedia maklum daerah Kuala Penyu merupakan Pekan dan juga sebuah daerah di bahagian pedalaman sabah bersempadan dengan daerah kecil Pekan Menumbok yang terletak di arah selatan, dan juga daerah Beaufort di sebelah Barat.  Kedudukan daerah Kuala Penyu yang berada di persisiran pantai barat ini juga menghadap Pulau Tiga yang juga dikenali sebagai Survivor Island.  Meskipun terdapat lapangan terbang kecil di Kuala Penyu yang terletak di Kampung Tinambak, namun tiada lagi perkhidmatan Kapal Terbang di kawasan ini.  Lapangan Terbang tersebut dimaklumkan digunakan oleh tentera semasa perang.  Terdapat tiga arah jalan perhubungan yang menghubungkan daerah kuala penyu iaitu sama ada melalui jalan dari Membakut dan Beaufort bagi mereka yang datang dari arah Kota Kinabalu dan juga dari Menumbok bagi mereka yang datang dari Labuan.  Jarak ke Kuala Penyu sekiranya anda dari Beaufort sejauh 38km, dari Membakut sejauh 30km manakala dari Menumbok sejauh 44km.

Sebelum jambatan yang menghubungkan daerah Kuala Penyu ini siap dibina, pengunjung yang datang dari arah Membakut/Pimping akan menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Sitompok.  Walaubagaimanapun perkhidmatan bot tambang masih lagi digunakan sebagai perkhidmatan harian oleh penduduk daripada seberang untuk ke pekan sehingga kini.

 

Rujukan sumber dari: Pejabat Daerah Kuala Penyu, Sabah 2002

 

Maklumat Komuniti Kg Bundu

Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan lebih kurang 175 batu persegi (45,326 hektar) terletak di kawasan Pedalaman Negeri Sabah.  Daripada jumlah keluasan ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar tanahnya adalah sesuai untuk diusahakan pembangunan aktiviti pertanian.

Dari segi Geografinya, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali di persisiran pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort.  Keadaan cuaca daerah ini biasanya agak kering dan tidak menentu.  Cuaca panas biasanya bermula pada bulan Januari hingga bulan April manakala musim hujan biasanya bermula pada bulan Mei hingga Disember. 

Kedudukan kampung Bundu ini berada di tengah-tengah laluan utama jalan perhubungan untuk ke daerah Beaufort atau Menumbok dan Pekan Kuala Penyu.  Bilangan kampung dibahagi-bahagikan mengikut mukim dan untuk mukim Bundu terdapat 10 bilangan kampung.  Suku kaum yang terdapat mengikut mukim-mukim terdiri daripada suku kaum Tatana, Brunei, Bisaya, Kedayan, Bajau, Cina dan lain-lain.  Rata-rata penduduk kawasan ini pada masa dahulunya mengusahakan tanaman sawah padi namun sudah beralih kepada aktiviti pertanian lain seperti penanaman kelapa sawit dan getah.

 

Lokasi

Lokasi Kuala Penyu adalah terletak di pesisir pantai. Untuk ke Kuala Penyu dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 2jam dengan menaiki kereta dan akan melalui beberapa tempat seperti Papar,Bongawan dan Membakut. 

Politik

Negeri Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan tempat dan pulau-pulaunya yang cantik. Negeri Sabah kini yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman sebagai Ketua Menteri bagi negeri Sabah dan bagi daerah Kuala Penyu pula diwakili oleh YB. Limus Jury( ADUN N.26 Kuala Penyu)

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.