Pendidikan

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

1. SMK ST PETER BUNDU, KUALA PENYU

Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Peter Bundu yang terletak di daerah Kuala Penyu merupakan sekolah yang pertama di kawasan Kg Bundu. Sekolah ini telah dibina oleh Rev. Geest yang terdiri daripada 5 buah kelas, sebuah bilik guru, pejabat am dan pejabat pengetua. Pada tarikh 7 Januari 1966, secara rasminya sekolah ini dibuka dengan nama SMK St. Peter Bundu. Pengetua yang pertama ialah mendiang Rev Fr. F. Frerichs dan dibantu oleh Sr.M Aquinas. Pada permulaan operasinya, terdapat tenaga pengajar daripada India , Burma dan Ceylon. Sekolah hanya bermula dengan 17 orang murid bagi setiap kelas. Pada tahun 1968, sekolah ini telah mengadakan Junior Certificate of Education (JCE) atau dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat pertama kali. Pada tahun pertama kali dilaksanakan, hanya seorang sahaja pelajar JCE gagal daripada 17 orang murid yang mengambil ujian tersebut. Sekolah ini pada peringkat awalnya hanya menyediakan persekolahan sehingga tingkatan tiga. Setelah melihat kepada peningkatan para pelajar, tingkatan empat telah diwujudkan pada tahun 1995 dengan jumlah pelajar seramai 33 orang pelajar dan jumlah ini telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun yang sama. Pada tahun 2002, kelas aliran sains telah diwujudkan dan seramai 25 orang pelajar menduduki SPM tahun 2003.Aspek perkembangan kemudahan fizikal pula turut meningkat selari dengan jumlah peningkatan jumlah pelajar. Pada tahun 1991, pengetua sekolah, Puan Marie Yong Pik Hua telah megubahsuai bilik guru lama menjadi dua buah bilik darjah yang merangkumi pelbagai kegunaan iaitu pusat sumber, dan stor kemahiran hidup. Pada tahun 1992 pula, beberapa bilik darjah telah dibina oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).  Pada tahun yang sama, bangunan pentadbiran berjaya dibina bagi menempatkan pejabat, bilik guru, makmal, surau dan stor. Sebuah bangunan tiga tingkat yang bernilai RM 1.2 juta telah dibina pada tahun 2000 yang telah dipecahtanah oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

 Rujukan sumber dari : http://stpeterbunduserasi.blogspot.my

2. SRK ST PETER BUNDU, KUALA PENYU

Sekolah Kebangsaan St. Peter Bundu atau nama ringkasnya SK St. Peter Bundu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak bersebelahan dengan sekolah menengah St Peter Bundu. Jumlah bilangan murid di sekolah ini dianggarkan dalam 300 orang pelajar dan mempunyai bilangan guru lebih kurang 50 orang.

Alamat sekolah :

Sekolah Kebangsaan St. Peter Bundu

Peti Surat 108

89747, Kuala Penyu

Sabah, Malaysia

Telefon = 087-884059

 

3. TABIKA KEMAS / PRA-SEKOLAH BUNDU

Pra-sekolah Bundu ini juga terletak di dalam kawasan sekolah rendah St Peter Bundu manakala Tabika Kemas berada kira-kira 300 meter dari sekolah rendah ini.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.