Berita Terkini

Program Mini Karnival Usahawan Hulu Terengganu & KDB

30 January 2018 |

                        Pada 27 Januari 2018 – Satu Program Karnival Mini Usahawan Pi1M Kluster Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program ini dijalankan bersama-sama dengan pelancaran produk kecantikan Womanchic MakeUp Box yang diasaskan oleh Dr. Nur Fauzani Md Arshad dan juga majlis penyerahan sijil penghargaan kepada pelajar tingkatan 1 MRSM yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan dari hulu Terengganu. Sebanyak 14 Pi1M di bawah kluster hulu Terengganu terlibat dengan program ini iaitu terdiri daripada Pi1M Kg... read more

Program Bacaan Yasin Kaum Wanita

23 January 2018 |

                         18 Januari 2018 - Program Bacaan Yasin merupakan satu program rutin bagi kaum wanita Kampung Chapu pada setiap minggu iaitu pada hari khamis atau jumaat yang telah bermula sejak sekian lama lagi. Program ini dibuat di setiap rumah mengikut giliran rumah masing-masing yang dihadiri oleh kaum wanita Kampung Chapu dan sanak saudara terdekat. Di kesempatan ini, Pi1M Kampung Chapu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu Program Bacaan Yasin Kaum wanita di Pi1M Kampung Chapu bersempena menyambut kedatangan tahun baru... read more

Usahawan 24 : Puan Aida Binti Abdullah

23 January 2018 | Profil Usahawan Tempatan

                              Puan Aida Binti Abdullah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan bergoreng iaitu keropok lekor, pisang goreng, ubi goreng, cekodok goreng, cendol dan pelbagai jenis minuman. Beliau yang dikenali sebagai ‘Kak Aida’ yang merupakan anak jati Kampung Chapu yang berumur 44 tahun dan memulakan perniagaan pada Januari 2007 lagi. Bekalan pisang adalah daripada pisang tanaman sendiri dan kadang-kadang sekiranya bekalan tidak mencukupi oleh kerana permintaan yang banyak, Kak Aida akan mendapatkan bekalan pisang daripada pembekal-pembekal yang berdekatan.... read more

Program Minda Kreatif & KDB

16 January 2018 |

                             Pada 13 Januari 2018 – PI1M Kampung Chapu telah mengadakan satu program yang bertajuk Program Minda Kreatif di mana satu program mencipta kalendar tahun 2018 bersempena dengan kedatangan tahun baru 2018. Program seperti ini diadakan diharap dapat membentuk minda yang kreatif dikalangan peserta dalam mencipta kalendar sendiri di samping dapat membantu peserta untuk mengetahui tarikh-tarikh yang penting di dalam kalendar tahun 2018. Dengan adanya maklumat-maklumat seperti ini diharap dapat membantu peserta dalam merancang aktiviti dalam tahun 2018.... read more

PROGRAM KEJOHANAN FUTSAL KG CHAPU

24 December 2017 |

                          Pada 18 Disember 2017 – PI1M Kg Chapu telah mengadakan satu program kejohanan futsal melibatkan peserta bawah umur 15 tahun. Program ini diadakan bersempena cuti sekolah yang melibatkan seramai 20 orang peserta. Kejohanan berformatkan liga yang melibatkan 4 pasukan iaitu Kg Chapu, Kg Tengkawang, Kg Kuala Ping dan Kg Kuala Jeneris. Pendaftaran peserta bermula seawal pukul 8 pagi lagi. Setelah semua peserta sudah mendaftar, sedikit taklimat berkenaan program dan peraturan-peraturan permainan telah disampaikan oleh pengurus PI1M. Sebelum perlawanan dimulakan... read more

PROGRAM DIY SLIME

15 December 2017 |

                        Pada 13 Disember 2017 – PI1M Kg Chapu telah mengadakan satu program membuat slime sendiri berpandukan daripada youtube. Kegunaan dan fungsi slime adalah sebagai alat permainan jari dapat juga sebagai alat untuk melatih keluturan otot-otot jari. Slime dapat digunakan juga untuk membersihkan keyboard, HP dan juga dapat dijadikan sebuah hasil karya seni yang indah dan unit. Di antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat slime adalah seperti bahan utama gam, sabun dynamo, perwarna, ubat gigi, air, pengacau dan bekas. Program ini... read more

USAHAWAN 23 : ADIRA AZRR EMPIRE

13 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                              Adira AZRR Empire dimiliki oleh Nor Adira Binti Ahmad yang beralamat di no 48 Kampung Kuala Jenderis. Puan Adira memulakan perniagaan barangan Karisma Cosmetic secara online menggunakan kemudahan Facebook dan Instagram pada Januari 2017. Terdapat pelbagai barangan penjagaan muka yang dijual antaranya seperti krim malam, krim siang, pencuci muka dan 'sunblock'.                     Dengan adanya kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang berdekatan,... read more

PROGRAM DIY KEYCHAIN

29 November 2017 |

                      Pada 28 November 2017 – Satu Program Do It Yourself (DIY) Keychain sempena cuti sekolah telah diadakan di PI1M Kg. Chapu. Tujuan program ini diadakan selain untuk memanfaatkan cuti persekolahan, program ini merupakan satu program untuk membantu pelajar dalam menyediakan keychain sendiri yang cantik, mudah, melibatkan kos yang lebih murah dan di samping dapat menguji kreativiti pelajar dalam membuat keychain seperti yang dikehendaki. Program bermula lebih kurang pukul 2.00 petang dimulakan dengan pendaftaran peserta. Program diteruskan dengan menonton video di... read more

PROGRAM CUPCAKE COKLAT

24 November 2017 |

                          Pada 17 November 2017 – Satu program masakan telah diadakan di PI1M Kg. Chapu oleh Puan Latifah Ab. Rahman iaitu seorang usahawan menjual kek di atas talian. Puan Latifah banyak mempromosikan jualan melalui facebook dan whatsapp. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengurus PI1M dan seterusnya proses penerangan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek. Seramai 10 orang peserta telah hadir untuk mengikuti program yang terdiri daripada suri-rumah, pekerja dan usahawan. Peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil untuk... read more

USAHAWAN 22 : DELICIOUS NOHIMO'S

23 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                                    Nor Hidayah Mohamad yang lebih dikenali kak Ida di kalangan penduduk sekitar. Beliau berumur 31 tahun merupakan seorang usahawan muda yang telah menceburi perniagaan Pizza sejak januari 2016 lagi. Perniagaan beliau diberi nama Delicious Nohimo’s yang beroperasi di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.                        Selain dijual di kedai, kak Ida juga membuat penghantaran pizza ke rumah atas permintaan... read more