HARI SUKAN NEGARA BERSAMA KOMUNITI

27 October 2016 |

                                                                    

KAMPUNG CHAPU 8 OKTOBER 2016- Bertempat di dewan Futsal Kampung Chapu telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara bersama JKKK dan juga komuniti Kampung Chapu. Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dimana bermula dengan senaman aerobik dan juga Zumba. Semua komuniti seramai 70 orang berkumpul di dewan dan bermula dengan aktiviti Zumba yang diketuai oleh Puan Siti Aida. Semua komuniti terlibat dan mereka bersemangat melakukan aktiviti tersebut. Selepas aktiviti Zumba pada pukul 9.00 pagi bermula aktiviti yang kedua iaitu berjalan 10000 langkah. Semua penduduk kampung berkumpul di dataran futsal dan aktiviti tesebut bermula dengan mengelilingi kampung. Semua kelihatan seronok kerana dapat mengeratkan silaturahim dimana mereka sentiasa sibuk dengan kerja seharian.Setelah selesai aktiviti berjalan 10000 langkah program ini diakhiri dengan cabutan bertuah.