USAHAWAN 10 : SITI ZALEHA BINTI ISMAIL(AKOK,BEKO,BAHULU,KUIH BAKAR)

08 November 2016 | Kisah Kejayaan

                                                                      

Siti Zaleha 35 tahun atau dikenali dengan panggilan “Kak Leha” merupakan salah satu usahawan wanita OKU yang menjalankan perniagaan kuih tradisional seperti Akok, Beko, Bahulu dan kuih Bakar secara tradisional mengguna dapur arang. Beliau menjual kuih tersebut di hadapan rumah di Kampung Pasir Simpul.Setiap hari beliau membuat kuih muih tersebut dan juga menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu. Waktu operasi kedai beliau bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Harapan beliau semoga dengan adanya kemudahan di Pi1M Kampung Chapu ini dapat mempermudahkan segala urusan untuk mempromosi perniagaannya menggunakan Pi1M dan juga WIFI KTW.