PROGRAM " TUPPERWARE PARTY" DAN KDB

29 November 2016 |

                               

28 November 2016(Isnin)- Pi1M Kampung Chapu telah mengadakan program Tupperware Party bersama komuniti Kampung chapu. Seramai 27 orang yang menghadiri parti tersebut yang kebanyakannya adalah surirumah. Stokis Tupperware yang hadir  adalah untuk memberi sedikit pengetahuan mengenai Tupperware. Program Tupperware Party ini bermula pada pukul 2 petang dimana pengurus pusat internet membuka pengenalan dengan menunjukkan video Klik dengan Bijak dan sedikit pendedahan mengenai  keselamatan penggunaan internet kepada anak-anak mereka. Selepas 1 jam,Stokis Tupperware tersebut dikenali sebagai abang Jie membuka pengenalan dengan games yang menyeronokkan semua komuniti kampung. Seterusnya Lucky draw dimana abang Jie membuat lucky draw dengan barang-barang Tupperware tersebut. Pada jam 3.30 petang abang Jie bermula memberi pendedahan penggunaan barang-barang Tupperware terhadap kesihatan dan strategi jualan Tupperware bagi menambah pendapatan sampingan surirumah.Program ini membuka minda surirumah untuk menjana pendapatan dengan Produk Tupperware yang boleh dijalankan secara online dan offline.