PROGRAM EXPLORACE ICT(KLIK DENGAN BIJAK)

09 December 2016 |

                                                                   

8 November 2016(Khamis) Pi1M Kampung Chapu telah mengadakan satu program  Explorace ICT (Klik dengan Bijak) dimana kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terlibat. Aktiviti ini bermula pada pukul 10 pagi sehingga 1 tengahari. Mereka disediakan dengan 8 checkpoint di sekitar Pi1M dan di dalam Pi1M memandangkan cuaca hujan pihak pengurusan terpaksa menyediakan checkpoint di dalam Pi1M sahaja. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan. Mereka diberi masa 15 minit sahaja untuk menyiapkan satu checkpoint.Aktiviti ini sangat menyeronokan kerana mereka mepunyai pelbagai idea untuk menyiapkan satu checkpoint dan sekiranya mereka gagal menyiapkan satu checkpoint mereka harus didenda. Program ini dirancang untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang ICT dikalangan pelajar. Bersesuaian dengan namaya, “Explorace ICT” yang dilaksanakan secara   santai semasa cuti sekolah.   Aktiviti-aktiviti   yang   dilakukan   dalam   program   ini   adalah   lebih   kepada kemahiran komputer dan internet serta menguji pengetahuan pelajar dalam bidang ICT. Matlamat utama program ini adalah untuk menambahkan minat pelajar yang lebih kearah positif dalam bidang ICT,meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang asas ICT dikalangan pelajar dan juga memupuk sifat suka bekerjasama antara setiap ahli kumpulan.